Jun 14, 2011

.............

Orang tua yang membuat perkara-perkara salah akan mendapat balasan dan seksaannya lebih berat daripada orang muda yang membuat kesalahan sama. 

Menurut Nabi Muhamad SAW, terdapat tiga orang yang tidak dipedulikan Allah SWT dan tidak dibersihkan dosa-dosanya pada hari kiamat. Dua daripadanya adalah orang tua yang berzina dan orang miskin yang takbur ataupun bercakap besar.

Orang muda yang berzina itu berdosa besar tetapi orang tua yang berzina lebih besar dosanya kerana dia berada pada hujung usianya. Dia sudah hampir dengan kematian yang akan membawanya bertemu dengan Allah SWT.






kasut&karipap: semoga kita dijauhkan daripada lalai dan melakukan perkara yg dilarang.

KISAH RAJA & KEMATIAN


Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang sepanjang hidupnya bersikap zalim iaitu suka berbuat sesuka hati dan menindas rakyat. Suatu hari, dia jatuh sakit. Para doktor memberitahu raja itu supaya bersiap sedia mengucapkan selamat tinggal sahaja kerana penyakitnya tidak boleh sembuh kecuali dengan memakan sejenis ikan. Namun ketika itu bukan musim ikan itu naik ke permukaan laut. Kemudian Allah memerintahkan semua malaikat supaya mengiringi ikan-ikan itu naik ke permukaan laut. Lalu, raja yang zalim tadi dapat makan ikan tersebut dan sembuh.

Pada waktu yang sama, seorang raja di negeri lain turut jatuh sakit. Baginda adalah seorang raja yang adil dan banyak membuat amalan kebaikan. Para doktor bersepakat, penawar kepada penyakitnya adalah ikan yang sama. Namun, mereka memberitahu raja itu supaya tidak risau kerana ikan itu sedang muncul dengan banyaknya di permukaan laut. Namun Allah memerintahkan semua malaikat mengiringi ikan-ikan tadi balik semula ke sarangnya di dasar laut. Raja yang adil itu akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir.

Di alam malakut iaitu di alam malaikat dan roh, para malaikat berasa hairan dengan fenomena itu. Mengapa harapan raja yang zalim itu dipenuhi Allah, namun doa raja yang adil tidak dikabulkan? Allah menjelaskan,

"Walaupun raja yang zalim banyak membuat dosa, pernah juga dia berbuat baik. Demi kasih sayang-Ku, Aku berikan balasan atas amalan baiknya. Sebelum dia meninggal dunia, masih ada perbuatan baiknya yang belum Aku balas. Lalu Aku segera membalasnya supaya dia datang kepada-Ku hanya dengan membawa dosa-dosanya. Begitu juga dengan raja yang bersikap baik itu. Walaupun dia banyak berbuat baik, pernah juga dia berbuat kesalahan. Aku balas semua keburukannya dengan bencana. Menjelang ajalnya, masih ada dosa yang belum Aku balas. Lalu Aku tolak doanya meminta sembuh, supaya dia datang kepada-Ku hanya dengan kebaikan-kebaikannya."




kasut&karipap:
dengan kisah ini kasut&karipap harap kita semua dapat memahami tentang konsep kematian sebagai satu penyucian diri. Usah iri hati pada mereka yang banyak melakukan perbuatan menyalahi hukum agama dan perintah Tuhan namun tetap berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera. Ini kerana, saat mereka kembali kepada Tuhan mereka berlumuran kotoran dan dosa. Tetapi, kita pula jangan pernah berasa diri kita suci dan merasa amalan kita sudah cukup. Sentiasa lah tambahkan amalan dan berdoa pada Allah Taala agar kita mati dalam Iman yang kukuh.. Wallahualam.

Jun 13, 2011

SAYA SAYANG KAMU KAMU KAMU & KAMU




Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).


(Surah Al-Hujurat 49: Ayat 13)

Jun 10, 2011

SAHABAT AWAL DAN AKHIR


kita sahabat, teman, rakan, atau kawan ?
di dalam kamus dewan mungkin ia sama sahaja..
tapi..dalam kamus kehidupan ianya berbeza..
bukan beza sikit..
tapi beza banyak..
sahabat lebih sahabat daripada teman..
teman, kurang teman daripada sahabat..
kawan, tidak lebih daripada rakan..
rakan, tidak lebih daripada sahabat..
dan...sahabat adalah sahabat yang lebih daripada teman, rakan atau kawan...

dalam kamus kehidupan..
sahabat besar maknanya...
sahabat hadir dalam suka..sahabat hadir dalam duka..
sahabat adalah sahabat..
di dunia..di akhirat..

andai seseorang itu bersama kita semata-mata kerana dunia..
dia bukan sahabat..
dia adalah teman yang hanya mahu bertemankan kita..
dia adalah rakan yang kita jarang-jarang jumpa..
dia adalah kawan..yang kita hanya kenali dan tegur bila jumpa saja...

tapi sahabat.....
dia sahabat kita di dunia..tapi tidak pernah lupa mengingatkan kita tentang akhirat..
sahabat bukan sahaja mencintai kita..
namun meletakkan ALLAH SWT sebagai cinta yang terAGUNG..
dia juga mencintai Rasul..
dia sahabat...yang boleh berkongsi SYURGA dengan kita!
begitu lah sahabat...dunia dan akhirat.

jangan pernah berkata "ah, dia sudah lupa kawan..."
"ah, dia sudah lupa kawan"...
KAWAN??? letak kembali diri anda di hadapan..soal diri sendiri..
adakah kita layak bergelar SAHABAT atau sekadar KAWAN? atau teman atau rakan...
kerana perkataan SAHABAT itu sendiri sudah memberikan satu makna yg BESAR !


"Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah."





kasut&karipap: Salam Jumaat Sahabat2 kesayangan ku :) dan sayang kasut dan stokin.. hahahaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...