Disember 02, 2010

OMG! IT'S RAPUNZEL





walaupun umur sudah mencecah 15 tahun keatas dan tidak melebihi 30 thn....
saya tidak malu mengatakan bahawa...

SAYA MEMANG PEMINAT KARTUN !


HIDAYAH

gambar sekadar hiasan


Si gadis merenung skrin komputer di atas mejanya. Dia sedang melayari laman web sosial yg popular di zaman ini untuk mengikuti perkembangan rakan2 lamanya. Si gadis mencari seseorang yg pernah dikenalinya dulu. Dia mula menaip dan melarikan cursor ke nama yg dicari. Dengan satu klik, profil rakannya itu terpapar.

Si gadis membaca dan meneliti setiap apa yg terpapar di skrin komputer tersebut. Sesekali si gadis tersenyum membaca status, sesekali si gadis berasa kagum melihat foto2 yg di'upload' tuan punya profil.. Dia tersenyum lagi, dia teringat ketika mula2 mengenali rakannya itu.

Setahun lepas...
Si gadis berkenalan dengan K (bukan nama sebenar). K merupakan rakan kepada rakan sekolah rendahnya. Perkenalan dgn K merupakan satu perkara biasa kerana di tempat baru pasti si gadis akan bertemu dgn rakan baru. K dikenalinya semasa mengikuti satu persatuan kepimpinan. K baik orangnya. Dia sangat peramah dan banyak cakap seperti si gadis. Seperti gadis2 lain, K juga suka berfesyen. Pakaian selalu 'up to date', ketat, make-up dan sebagainya.

Selepas hampir 3 tahun menemui K di laman web sosial...
Si gadis terpegun. Melihat penampilan K selepas beberapa tahun tidak bertemu. Walaupun hanya melalui alam maya (laman web) si gadis percaya, K sudah berubah. K sangat cantik bertudung litup dan berjubah. Dari setiap aktiviti yg di sertainya, foto2 dan cara K mengekspresikan dirinya begitu berbeza sekali dr mula2 mengenali K. Si gadis sangat terharu sehingga menitiskan air matanya. Si gadis tersenyum sambil air mata terus mengalir. Tidak putus2 mengucapkan Alhamdulillah...Syukur pada Yang Maha Agung..Yang Maha Pengasih..Allah SWT...Ada sesuatu di benak fikiran si gadis..Namun jauh di sudut hatinya, si gadis sangat2 bersyukur dan yakin kerana dia juga di beri kesempatan oleh Allah SWT untuk bertaubat dan menerima petunjuk dariNya.



Allah berfirman,

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56)




FIRST TIME CERITA PASAL TEMPAT KERJA

Tepat pukol 11.00 pagi....sekumpulan pelajar datang serbu aku mase tgh main Pirates Ahoy di tempat kijo. Sume tanya soalan pelik. Sume tanya tutor diorg kat mana? Aku yg rase bengong2 sebab tetibe di serbu panik sedikit. Ahh...aku tak tau jawab ku!

Bebudak ni tanya lagi. "Miss, bukan kah hari ni ada demo?".
Aku tanya sape cakap?. Bebudak jawab "tutor!"...sudah....aku makin bengong jadinya..mana tutornye? Takde pon inform kat aku sblum nie. Aku tanya lagi. "Nak demo bila?". Bebudak jwb "hari ni!"...

Aha! aku makin panik. Ape ni..nape tutor tak inform aku awl2..takde la aku panik smpi tersasar kapal lanun aku. Hati mula geram. Terus tinggal bebudak, angkat fon opis dan dail number tutor tu.

Tutt..tutt..tutt........tak berjawab!
Ni yg buat aku geram ni!
3 minit.....
1 minit...

Aku dah malas nak kol, aku terus cari bebudak lagi...ehhh..mereka da hilang!
Mana mereka?? Aku meluru ke makmal sebelah. Pintu terbuka!

Lor......tutor tu dah datang rupenye dan tgh gado2 manje ngn bebudak tadi.
Aku menghampiri mereka. Rase geram la juga. Tapi cam kesian pon ada sbb tutor tu muka inesen..cess! Aku tak jadi nak geram.

Aku pegi sengih kat tutor dan terus pegi duduk ats kerusi tepi mamat satu tempat keje yg tgh main Tumbuhan VS Zomba. Aku bebel sendiri. Geram juga aku , dah tak peduli dah muka inesen tutor tu. Aku biar tutor dan bebudak gaduh2 manja seketika.

5 minit.....

3 minit.....

Tutor mnghampiri aku!
" Esok, ada amali ye. Saya datang. Tapi awak tolong buat demo ye".
"Ok. No problem."
Chewah..aku memang takde masalah. Tapi aku sepatutnya bukan buat demo2 ni. Aku tak di benarkan mengajar sebab keje aku bukan mengajar. Tapi kerana aku hanya sang kancil, aku kne la juga buat sbb aku tau..

jadi......besok aku berlagak jadi cekgu! muahahahhahaha.....






p/s: klu ikut kan hati, aku nak je bagi keputusan amali ni kat bebudak. Perfect result kot! aku siap ambik gamba lagi. Hahaha..kalau jual kat student dapat duit dok? kui3...tapi tak baik begitu.....kene JUJUR pADA ILMU walopun bukan meniru tapi diorg usaha la mcm mane pon nak dpt jawapan.hahahahahahahahahhaha..

Disember 01, 2010

ABAH DAN ABIE

Abie : Abah, tadi ustazah kat sekolah ajar jenis2 najis.

Abah : Faham tak ustazah ajar ape?

Abie : Faham.

Abah : Okeh. Kalau faham cuba bagitau abah berapa jenis najis?

Abie : Najis ada 3 jenis. Najis ringan, najis pertengahan dan najis berat.

Abah : Bagus..ape contohnye?

Abie : Najis ringan adalah taik cicak, manakala najis pertengahan adalah tahi manusia dan najis berat besar kemungkinan adalah taik otromen..

Abah : #%^^#$^**(((^$@##$.....



p/s : abah pon kne tau sebelum tanye anak. dan pembelajaran adalah bermula daripada rumah! lagi2 abah adalah ketua keluarga @ nakhoda. sekali nakhoda hilang arah, seluruh kapal dan anak2 kapal turut hilang arah..




disclaimer : idea dicedok dr majalah APO?. Belilah APO? selalu =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...