September 30, 2011

JIKA..



" Jika engkau tahu akan dosa dan kesalahan yang ada padaku, nescaya kau akan menabur pasir di atas kepalaku"


SEMPURNA

manusia.....
apabila sudah kehilangan sesuatu yang sangat berharga...
pasti akan merasa sangat-sangat rugi...
menyesal...
dan berusaha menjaga saki-baki yang ada....

manusia....
apabila pernah merasakan kehilangan sesuatu itu...
ia pasti merasa sakit...
pabila manusia lain juga sewenang-wenangnya kehilangan perkara berharga milik mereka...

manusia...oh...manusia...
tiada manusia yang sempurna...
hanya IMAN sebagai pengukur...
sejauh mana 'kesempurnaan' manusia itu.......


September 27, 2011

WANITA DAN WAJAH

" ko nampak pucat je...pakai lah bedak muka sikit..'

"mata ko kenapa??? kena tumbuk???"

"eee..banyaknye jerawat..."

"asal mata ko lebam?? ko gaduh ngan sape?"

.....................................................................



“Ya Allah Ya Tuhanku sebagaimana Engkau telah memperelokkankan kejadianku , maka hiasilah budi pekertiku dengan akhlak yang baik”.





kasutkaripap: manusia adalah makhluk Allah yang paling sempurna..sempurna tang mana? gunakan otak anugerahNya untuk mencari kesempurnaan itu..sebab tu Allah beri kita akal..

BANYAK FIKIR

perasan tak??

sejak akhir-akhir ini ?

orang-orang disekeliling kita semakin sensitif...

tengok sajalah dalam media-media massa yang ada...

sana sini cerita perkara yang kecik jadi besar dan yang lebih berat hingga menimbulkan fitnah..

adakah ini hasil daripada rakyat negara kita yang semakin tinggi ilmu pengetahuannya?

anda faham tak apa yang saya cuba sampaikan??

tak faham??

sila lah fikir ya..memandangkan sudah ramai yang semakin rajin 'berfikir' sehingga boleh fikir 'luar kotak'..

malangnya...manusia yang berfikir tentang kebesaran dan kekuasaan ILAHI semakin sedikit instead of fikir benda2 yang menimbulkan fitnah...

kalau akar tak kuat, pokok spesis apa pun boleh tumbang..*ape kena mengena? hahaha*






kasutkaripap: fikir lah!

September 26, 2011

AMPUN DAN MAAF SEBELUM TERLAMBAT !


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 
Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.
(Hadis Riwayat Bukhari)

.................................................................................................

Pengajaran hadith:

i) Setiap umat Islam adalah dituntut menyelesaikan segala kesalahan, hutang-piutang dan sebagainya di dunia ini sebelum berpindah ke alam akhirat di mana jika ada apa-apa hak orang lain padanya maka mestilah ia mengembalikannya dan jika tidak dapat dikembalikan hendaklah ia meminta perlepasan daripada pemiliknya.

ii) Termasuk juga hak-hak Allah S.W.T hendaklah diselesaikan seperti mengqadha'kan amal-amal fardu yang pernah ditinggalkan dahulu dan sebagainya.

iii) Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti hati orang atau makhluk lain akan menyebabkan dosa. Oleh itu kita diseru supaya segera meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan (sebelum ajal mendatang). Jika tidak penyesalan yang amat besar akan ditanggung di akhirat kelak.







LELAKI SOLEH IDAMAN WANITA

Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah "handsome kah aku?", "adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger?" dan seumpamanya.

Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :

1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?

2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?      
                  
3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?

4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?

5. Ikhlaskah aku dalam beramal?

6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?

7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?

8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?

9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?

10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?

11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?

12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?

13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?

14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?

15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?

16. Adakah aku seorang pemaaf?

Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita!


- Artikel iluvislam.com

"PAKCIK....SAYA WANITA BERKERJAYA"

Suatu hari di hari raya ke-4....

Wanita Berkerjaya : Pakcik..saya nak pergi wangsa maju...

Pakcik : boleh2...RM20 ye...

Wanita Berkerjaya : Boleh la..

ketika dalam perjalanan.................................

Pakcik : Adik nie sekolah kat mana???

Wanita Berkerjaya : heh???? saya dah keje pakcik...lama dah habis sekolah 16 tahun yang lepas..

Pakcik : eh? yeke...tapi..anak nie muka macam budak form 3 lagi...

Wanita Berkerjaya : *blushing*







kasutkaripap: wajah yang awet muda *uweksss* hahahhahahaha....

September 22, 2011

HATI YANG PENTING!



وَمِنَ النَّاسِ مَن يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللّهَ عَلَى مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَأَلَدُّ الْخِصَامِ

Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 204)



 

September 21, 2011

RABU TANPA KATA #1 : 7 WAJAH SERUPA DI DUNIA ?


-sejauh mana kebenaran 7 orang yang serupa dengan wajah  kita di dunia ini ??? -

September 14, 2011

RABU TANPA KATA #3 : CARA MONSTER KETAWA


-ARAHAN : ketawaaaa.......(pesen ketawa pun pelik) adoiyai..hahaha-

RABU TANPA KATA #2 : CARA MONSTER SENYUM


-ARAHAN : senyummmm.....(ape punya pesen la senyum gini)-




RABU TANPA KATA #1 : MONSTER !!!



-dah besar pun masih tak lepas lagi 'benda plastik' tu..ape je la yang sedap mende tu..ish3-

September 13, 2011

YANG MASIH TIDAK KESAMPAIAN...



-sudah berbulan-bulan yang lepas mencari...namun semua kedai jual yang biasa je..tanpa cili..kali ini keinginan sudah semakin bertambah-tambah....di mana mungkin kita akan bertemu wahai keropok ?! -

ANDAI MASIH ADA RINDU


Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.

Tuhan..
Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..

Allah..
Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..
Ameen.







GANJARAN ORANG YANG MEMBERIKAN ILMU


Nabi s.a.w bersabda: "Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya Allah Taala berfirman kepada Malaikat penulis amalnya: "Tulislah juga untuknya amal-amal salih yang biasa ia lakukan;" kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu - bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya."
(Riwayat Anas r.a)


****************************************************

Pengajaran hadith:

i) Setiap manusia hendaklah menerima segala ujian Allah dengan hati yang tabah sabar dan redha kerana sikap yang demikian akan membawa kebaikan pada dirinya di mana:

  • Jika ia membiasakan dirinya dengan amalan yang baik semasa ia sihat atau senang kemudian tidak dapat melakukannya disebabkan kesakitan atau kemalangan yang menimpanya, maka Allah memerintahkan malaikat amal mencatat amalan yang baik yang tidak dapat dikerjakannya itu.
  • Sekiranya Allah menyembuhkan sakitnya atau menghilangkan bencana yang menimpanya itu maka Allah jadikan ujian-Nya itu sebagai kaffarah yang menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu serta dijadikan hidupnya berkeadaan baru, suci dan bersih daripada dosa.
  • Namun sekiranya Allah S.W.T sempurnakan ajalnya dengan kemalangan itu, maka ia akan dikurniakan keampunan dan dilimpahkan rahmat kepadanya.









September 09, 2011

RENDAHNYA MARTABAT WANITA APABILA......



Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:


1) Lupa mengingat Allah.

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:

"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.


2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
 
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:

" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.


4) Lemah iman.
  


5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.


Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.



- Artikel iluvislam.com

September 08, 2011

HAKIKAT BAHAGIA



Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada diri
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa

Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan


Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan
Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki 


7 PUNCA UTAMA CEPAT LAPAR



Pasti anda pernah mengalami situasi di mana walaupun anda baru sahaja selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali. Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ia tidak baik untuk penjagaan kesihatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkan masalah ini?


(1) Minum terlalu banyak minuman manis- Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.


(2) Makan makanan bertin- Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.


(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi- Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.


(4) Tidak makan sayur-sayuran- Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.


(5) Tidak minum teh kurang gula- Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.


(6) Kurang minum air masak- Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.


(7) Kebosanan- Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.





-Artikel Iluvislam.com

September 07, 2011

RABU TANPA KATA #2 : MY BABY!

INI KISAH PERTUNANGANKU !

Pada 19 September yang lalu, aku telah dikhitbahkan dengan seorang hamba Allah. Selama ini, aku tidak pernah mengharapkan insan itu.

Namun, hari ini dia telah menjadi tunangku. Seorang wanita yang sederhana mendapat lelaki yang sangat taat pada Tuhannya? Bukankah itu adalah satu bonus buatku?

Setiap hari, walaupun kami tidak pernah berkomunikasi sama ada berhubung melalui telefon bimbit, email ataupun berjumpa, namun dirinya tetap setia denganku.

Begitu juga dengan diriku. Tidak pernah sesekali untuk aku berubah hati mencintai orang lain selain dari dirinya. Masya-Allah.

Siapa dirinya?

Setiap hari, apabila mengingati dirinya, aku terus-menerus sentiasa ingatkan Allah. Apabila teringatkan dirinya, aku bersemangat untuk mengisi masa lapangku dengan beribadah kepada Allah tidak kira siang ataupun malam.

Apa yang ada padanya?

Semakin kuat untuk sahabat mengenalinya bukan?

Seperti yang saya katakan, dialah seorang hamba Allah yang sangat taat kepada-Nya. Kadangkala aku terasa takut dan gementar menunggu masa untuk kami dinikahkan.

Mungkinkah esok?
 
Mungkinkah bulan hadapan?

Ataupun mungkinkah tahun hadapan?

Masya-Allah, Allah sahaja yang mengetahui perasaan aku.

Masih mencari siapa gerangan tunanganku?
10 saat untuk kamu berfikir dan cuba teka...

Masa sudah tamat, tiada?

Dialah malaikat IZRAIL...

19 September 1992 yang lalu, aku dilahirkan dan langsung aku bertunang dengannya. Tanpa aku minta.
Dialah hamba Allah yang sangat taat kepada Allah, berzikir tidak henti-henti memuji Allah dan mematuhi segala arahan Allah.

Entah bila malaikat Izrail datang mengambil nyawaku, esok? Minggu hadapan? Bulan hadapan? Tahun hadapan?

Oleh sebab itu, aku sangat takut dan gementar akan kehadirannya.
Oleb sebab itu juga, apabila teringat akan bila tarikh keramat itu, aku sibukkan diri kepada Allah, membuat persiapan untuk hari yang mendatang.

"Ya Allah, aku mohon matikanlah aku dalam pengakhiran yang baik, dan jauhilah aku dari pengakhiran yang buruk."

Amin Ya Rabbal alamin...




sumber: http://islamdeena.blogspot.com/



kasutkaripap: bergetar rasa jiwa membaca artikel ini..bukan?

MAS KAHWIN : SENASKAH AL-QURAN

Apabila disebut tentang Mas Kahwin, kebanyakan wanita kini hanya memikirkan jumlah atau nilai wang yang ditetapkan untuk Mas Kahwin mereka. Kalau diikutkan, nilai Mas Kahwin berbeza mengikut negeri asal wanita yang ingin berkahwin.

Kadang-kadang tidak sampai ratusan ringgit. Namun pada trend kini, kebanyakan meletakkan Mas Kahwin mengikut kemahuan atau kemampuan pasangan masing-masing. Bukan apa, itu disimbolkan sebagai hadiah kepada wanita atas kesediaannya untuk menerima bakal suami untuk hidup bersama.

Sebagaimana firman Allah:

"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu Mas Kahwin mereka." 
[Surah an-Nisa, Ayat 4]

Selain Mas Kahwin, ia juga disebut sebagai Mahar. Hukumnya adalah wajib. Pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu Mas kahwin dibayar dengan berbagai cara iaitu rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya.
Namun, pada zaman kini masih lagi ada golongan yang mengamalkan cara bayaran Mas Kahwin seperti ini, akan tetapi sangat sedikit bilangannya. Sebenarnya apa yang ingin dibincangkan di sini ialah apakah hikmah memilih senaskah al-Quran sebagai Mahar kepada wanita yang bakal dikahwini.

Sabda Rasulullah S.A.W :
"Carilah untuk dijadikan Mas Kahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Sesuatu yang berguna dan berfaedah seperti wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sangat dianjurkan oleh Islam untuk digunakan sebagai Mas Kahwin. Nyata, al-Quran adalah pilihan yang sangat terbaik sebagai Mas Kahwin kerana kandungan dan isi al-Quran mempunyai gudang ilmu yang sangat luas dan penuh manfaat.

Rasulullah juga pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tidak memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan Mas Kahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu.

"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran?" lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat (ayat-ayat al-Quran), kemudian Rasulullah pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermas kahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.

Lihat, mudah dan halus benar maksud Rasulullah. Banyak kebaikan yang kita dapat daripada ajaran Rasulullah S.A.W ini. Si isteri bukan sahaja dapat mempelajari ilmu Allah, malah dapat mempratikkan dan membacanya selalu dan apabila ilmu yang diberi diamalkan oleh orang lain, ternyata bertambahlah pahala si suami yang memberikan ilmu tersebut.


Antara hikmah senaskah al-Quran sebagai Mas Kahwin ialah:

1. Al-Quran lambang teragung dalam agama Islam dan pemberiannya kepada insan lain umpama satu penghargaan yang tidak ternilai kepada kitab suci tersebut. Malah takrif sesuatu perkahwinan itu dapat
ditafsirkan melalui pemberian al-Quran sebagai lambang cinta sejati bersyariatkan agama kepada si isteri.

2. Dapat membawa keberkatan seandainya pasangan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam hidup berumahtangga bersama selepas diijabkabulkan.

3. Mendapat kebaikan dan pahala andai si isteri selalu membacanya, bukan sahaja si isteri malah suami yang memberi juga turut mendapat pahala hingga ke Akhirat.

4. Seperti yang kita tahu, emas juga ada kebaikan jika dijadikan sebagai Mas Kahwin iaitu sebagai pelaburan. Namun ia lebih bersifat material dan mungkin akan habis begitu sahaja di dunia. Namun ayat-ayat al-Quran tidak akan pernah habis dan berakhir walau dibaca berulang-ulang kali dan ayat al-Quran tersebut dapat diajarkan kepada anak, cucu-cicit hingga selama-lamanya.

5. Andai si suami telah meninggal dunia, seperti kita ketahui hanya amalan, anak yang soleh serta ilmu yang berguna sahaja dapat membantu di Akhirat kelak. Al-Quran yang diberi kepada isteri insya-Allah dapat memberi kemudahan dan ketenangan di sana.

Tiada apa yang dapat dilakukan oleh seorang isteri melainkan sentiasa berdoa dan melakukan amalan-amalan yang bermanfaat untuk suaminya yang telah meninggalkannya. Andai si isteri sentiasa membaca al-Quran yang diberikan oleh arwah suami sebagai Mas Kahwin, nescaya Allah akan memberi ganjaran yang berganda-ganda kepada roh suaminya.

Begitulah betapa besarnya hikmah memilih al-Quran sebagai Mas Kahwin. Kebaikan dan faedah yang dapat kita perolehi untuk membina sebuah keluarga bukanlah mengambil masa atau tempoh yang singkat, ia mengambil jangka masa yang panjang dan kita perlulah memandang lebih jauh untuk masa-masa akan datang.
Andai ingin kebahagiaan bukan sahaja di Dunia dan Akhirat, marilah menghargai ilmu Allah yang telah dikurniakan kepada kita. Apalah sangat hendak dibandingkan dengan kebahagiaan di dunia yang hanya sementara ini. Yang selalu kita nantikan ialah kehidupan abadi di Akhirat sana kelak iaitu sebenar-benar kehidupan abadi.


-Artikel Iluvislam.com




kasutkaripap: malangnya...masyarakat sekarang terutamanya ibubapa yang tidak memiliki pegangan agama yang kukuh akan berbelah bagi mengahwinkan anak wanitanya dengan mahar senaskah al-Quran.. mereka lebih memikirkan 'cakap-cakap' orang disekeliling...yang menjadi mangsa adalah anak-anak..dan andai perkahwinan itu tidak terjadi kerana masalah persetujuan mahar antara kedua belah pihak..mereka mengandaikan anak mereka 'tiada jodoh' dengan pasangan pilihan....Wallahualam...

RABU TANPA KATA #1 : CALON ISTERI SOLEHAH

-Hmmmm...nak pilih yang kiri ke...yang kanan????-

September 06, 2011

MENJADI WANITA SYURGA

1. Bertakwa.


2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.


3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.


4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.


5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.


6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.


7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.


8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.


9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.


10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.


11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).


13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.


14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.


15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.


Sumber Artikel : majalah.iluvislam.com


PUASA ENAM VS PUASA GANTI

Matlamat puasa jika dikerjakan dengan penuh penghayatan akan dapat membentuk manusia menjadi orang yang bertakwa sebagaimana perkara ini dijelaskan oleh al-Quran.

Di samping itu puasa juga merupakan ibadat yang istimewa di sisi Allah Subhanahu Wataala kerana setiap ganjaran atau balasan kepada orang yang berpuasa diberikan dan dinilai oleh Allah Subhanahu Wataala sendiri sebagaimana yang disebut oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Allah Subhanahu Wataala berfirman : "Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendirilah yang akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa." [Hadis riwayat Bukhari]

Puasa Ramadhan adalah diwajibkan kepada umat Islam pada setiap tahun berdasarkan ayat al-Quran dan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Begitu juga disunatkan ke atas orang Islam berpuasa sunat atau tathawwu' di hari atau bulan yang lain seperti melakukan puasa 'Asyura, hari 'Arafah, puasa di bulan Syaaban, puasa mingguan pada hari Isnin dan Khamis, puasa enam hari pada bulan Syawal yang biasanya disebut sebagai puasa enam.

Puasa enam ialah puasa yang dikerjakan dengan berturut-turut atau berselang-selang sebanyak enam hari pada bulan Syawal selepas Hari Raya Fitrah.

Puasa enam itu sunat dikerjakan oleh orang yang telah mengerjakan puasa Ramadhan sebulan penuh dan juga sunat dikerjakan oleh orang yang tidak berpuasa Ramadhan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syarak seperti haid dan nifas, musafir atau orang sakit.

Manakala bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan sengaja adalah haram melakukan puasa enam kecuali setelah selesai mengqada puasanya. Namun ganjaran pahala puasa enam bagi orang yang tidak berpuasa penuh bulan Ramadhan tidak sama dengan ganjaran pahala bagi orang yang mengerjakan puasa enam selepas mengerjakan puasa Ramadhan sebulan penuh.

Sunat puasa enam ini berdasarkan sabda Baginda yang maksudnya :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim).


Bila Perlu Puasa Enam?
Para ulama berselisih pendapat mengenai waktu atau masa mengerjakan puasa enam itu. Sebahagian besar ulama berpendapat puasa enam itu dilakukan dengan berturut-turut selepas Hari Raya mulai Hari Raya kedua dan seterusnya. Manakala ulama muta'akhirin pula berpendapat puasa enam itu harus dilakukan secara tidak berturut-turut seperti berselang-seli dan sebagainya selama dalam bulan Syawal. Walau bagaimanapun mengerjakannya dengan berturut-turut selepas Hari Raya adalah lebih afdal.


Puasa Enam = Puasa Setahun?
Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari dalam bulan Syawal setelah berpuasa Ramadhan sebulan penuh diibaratkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai berpuasa sepanjang tahun kerana sebulan puasa Ramadhan itu menyamai puasa sepuluh bulan dan puasa enam pula menyamai dengan 60 hari atau dua bulan. Jika dicampurkan sepuluh bulan dengan dua bulan, maka genaplah ia setahun, itulah yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun. Perkara ini dijelaskan lagi dalam sebuah hadis, sabda Baginda yang maksudnya :

"Berpuasa sebulan (disamakan) dengan sepuluh bulan puasa, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan) dengan dua bulan puasa, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genap setahun." (Hadis riwayat al-Darimi).

Berdasarkan hadis di atas juga, sebahagian ulama menjelaskan bahawa puasa enam hari dalam bulan Syawal diberikan ganjaran yang sama dengan ganjaran puasa di bulan Ramadhan, kerana setiap kebajikan itu dibalas atau diberikan dengan sepuluh kali ganda. Sebagaimana juga mereka mengatakan : "Membaca Surah al-Ikhlas itu sama dengan membaca sepertiga al-Quran."


Kewajipan Mengqada Puasa Ramadhan
Puasa Ramadhan yang ditinggalkan adalah wajib diqada sebanyak hari yang ditinggalkan itu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dalam firman-Nya yang tafsirnya :

"Maka wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain." (Surah al-Baqarah : 184).

Kewajipan mengqada puasa itu tidak kira sama ada puasa itu ditinggalkan dengan sengaja atau kerana keuzuran kecuali orang-orang yang benar-benar tidak berdaya mengerjakannya seperti orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh. Mereka tidak diwajibkan mengqada puasa yang ditinggalkan itu tetapi wajib membayar fidyah sebagai ganti puasa yang ditinggalkan. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu Wataala yang tafsirnya :

"Dan wajib atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin." (Surah al-Baqarah : 184).

Dalam mengerjakan qada puasa ini, para ulama berpendapat bahawa orang-orang yang meninggalkan puasa tanpa uzur adalah wajib menyegerakan qada puasa tersebut. Dan mereka tidak diharuskan bahkan haram melakukan puasa-puasa sunat termasuk puasa enam hari di bulan Syawal.

Puasa qada boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari-hari yang diharamkan berpuasa seperti Hari Raya Fitrah, Hari Raya Haji atau pada hari-hari Tasyriq dan sebagainya dan ia wajib disegerakan sebelum masuk Ramadhan yang baru.

Jika qada puasa hendak dikerjakan pada bulan Syawal ia boleh dilakukan bermula pada Hari Raya Kedua (2 haribulan Syawal).

Bagi mereka yang diharuskan meninggalkan puasa kerana keuzuran yang dibenarkan oleh syarak seperti orang perempuan yang haid atau nifas, orang sakit atau orang musafir (dalam perjalanan) dan lain-lain, sunat bagi mereka mengerjakan puasa enam sekalipun mereka masih mempunyai qada. Walau bagaimanapun menurut para ulama ganjaran yang bakal diterimanya tidaklah sama dengan ganjaran pahala yang diterima oleh mereka yang berpuasa enam setelah berpuasa penuh satu bulan Ramadhan.

Berbanding dengan orang-orang yang meninggalkan puasa Ramadhan tanpa keuzuran atau dengan sengaja, diharamkan ke atas mereka mengerjakan puasa enam pada bulan Syawal itu kerana mereka diwajibkan menyegerakan qada tersebut.

Manakala bagi orang yang luput keseluruhan puasa Ramadhan (selama satu bulan) kerana keuzuran yang diharuskan oleh syarak, jika dia mengerjakan puasa qadanya pada bulan Syawal, disunatkan (mustahab) ke atasnya mengqada puasa enam itu dalam bulan Zulkaedah.

Walau bagaimanapun, menurut ulama dia hanya mendapat ganjaran sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu orang yang berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan puasa enam pada bulan Syawal diibaratkan berpuasa selama satu tahun.


Menyatukan Puasa Qada dan Puasa Enam
Bagi orang yang hendak melakukan qada puasa Ramadhan (meninggalkannya kerana keuzuran yang dibolehkan oleh syarak), ia boleh dilakukan sekaligus dengan puasa enam dalam bulan Syawal. Caranya ialah orang tersebut hendaklah berniat bagi kedua-duanya iaitu puasa qada dan puasa sunat tersebut dengan tujuan bagi mendapatkan ganjaran kedua-dua sekali (iaitu ganjaran puasa qada dan ganjaran puasa sunat).
Hal ini sama seperti orang yang berniat puasa wajib sama ada puasa qada atau puasa nazar atau puasa kafarah, pada hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti hari Arafah atau pada hari Isnin dan Khamis atau pada hari 'Ayura dan puasa-puasa sunat yang lain seumpamanya.

Dalam menunaikan puasa tersebut, jika dia berniat kedua-duanya sekali iaitu puasa qada dan puasa sunat seperti puasa hari Arafah atau puasa-puasa sunat yang lain, maka dia akan mendapat ganjaran bagi puasa sunat dan puasa wajib tersebut. Tetapi jika dia berniat hanya bagi puasa sunat sahaja atau puasa wajib sahaja, maka dia hanya akan mendapat gambaran bagi puasa yang diniatkannya sekalipun ia dilakukan pada hari yang bertepatan antara puasa wajib dan puasa sunat itu.

Ibnu Hajar al-Haitami dalam fatwanya menjelaskan, mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib seperti di atas dengan katanya maksudnya :

"Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya." (al-Fatwa al-Kubra : 2/75).

Walaupun menyatukan puasa qada dengan puasa enam itu diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya, namun ganjaran tersebut tidaklah menyamai ganjaran pahala seperti yang disebut dalam hadis di atas.
Walau bagaimanapun sikap menyegarakan qada puasa itu sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak kerana ganjaran dan pahala ibadat puasa itu hanya Allah Subhanahu Wataala sahaja yang menilai dan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.


-Artikel Iluvislam.com

September 05, 2011

MENCARI SINAR PELANGI



mereka bersama dia sejak dari kecil........
mereka memberikan dia kasih sayang sepenuhnya......
tetapi sesuatu yang sangat penting tidak dititik beratkan kepadanya......
lalu......tersimpang jauh la dia setelah mengenal dunia......
jauh...jauh...dan sangat jauh...

setelah jauh manapun dia tersasar..
kuasa Allah tiada tandingan....
hidayah datang perlahan-lahan....
tetapi..ia bukan semudah yang disangka....

hidayah datang..tetapi tanpa usaha...
tanpa istiqamah...
ia ibarat angin lalu...
maka....masa yang di ambil begitu lama........

hampir berputus asa...
berbaldi air mata....
berlubang dalam hati...
bermandi dosa silam yang menghantui fikiran....
buntu!

lalu.....ilmu dicari...digali...
mencari teman yang sebaik-baik teman ke syurga.....
mentarbiyyah diri...
muhasabah diri.....
bergantung kepada diri sendiri!
mana mungkin orang lain mampu merubah dia..andai tidak kerana kekuatan dirinya...
dan terpulang lah kini pada dirinya.....
mencari sesuatu yang dia kehilangan...

dan berharap agar...
dia tidak menyalahkan sesiapa akibat kehilangan itu...
hanya doa sebagai senjata...
setelah kata-kata nasihat tidak diambil peduli..
malah mencipta pelbagai jawapan...dan mengatakan mereka betul!
agar mereka juga mengerti....segalanya tidak bahagia andai mengikutkan sahaja seperti yang mereka mahukan..
andai berTUHANkan NAFSU !





kasutkaripap:.........belum tamat...





MAS KAHWIN

Mas kahwin atau mahar adalah sesuatu yang diberikan oleh suami kepada isteri yang bakal dinikahinya. Mas kahwin merupakan tanda kejujuran seorang suami dalam menikahi isterinya. Allah berfirman: Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. [al-Nisa’ 4:04]
 
Dalam ayat ini Allah memerintahkan kepada para suami untuk memberi mas kahwin kepada wanita yang akan dinikahinya. Ini merupakan dalil bahawa memberikan mas kahwin hukumnya wajib ke atas suami. Dalam ayat ini juga Allah menyebut pemberian itu sebagai sesuatu yang dilakukan dengan kerelaan suami. Ini merupakan dalil bahawa kadar mas kahwin adalah mengikut kemampuan suami dan bukan atas permintaan mahupun status pihak isteri.
 
Sebaik-baik mas kahwin ialah apa yang memudahkan suami. Rasulullah bersabda: Sesungguhnya di antara kebaikan seorang wanita ialah mudah lamarannya, mudah mas kahwinnya dan mudah rahimnya (yakni mudah melahirkan anak). [Musnad Ahmad, no: 24478 dengan sanad hasan]
 
Oleh itu di dalam hadis-hadis sahih kita dapati pada zaman Rasulullah, para sahabat yang tidak memiliki harta ada yang memberi mas kahwin dengan bacaan ayat al-Qur’an, memeluk Islam dan baju besi yang digunakan ketika perang. Sebaliknya bagi suami yang mampu dan mudah baginya, tidak ada nilai maksimum pemberian mas kahwin kepada isterinya. Hanya amatlah penting untuk menjaga hati agar tidak timbul perasaan ujub atau ingin meraih sebutan orang ramai.
 
Mas kahwin seluruhnya adalah untuk isteri. Wali atau sesiapa lain tidak boleh meminta mas kahwin tersebut, sama ada sedikit atau banyak. Atas dasar ini juga, isteri boleh – atas kerelaaannya sendiri – memberikan sebahagian dari mas kahwin tersebut kepada suaminya. Allah berfirman: Kemudian jika mereka (isteri) menyerahkan kepada kamu sebahagian dari maskawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai suatu) nikmat yang baik. [al-Nisa 4:04]
 
Dianjurkan menentukan nilai mas kahwin dan menyerahkannya sebelum melaksanakan akad nikah. Ini adalah cara yang terbaik sekalipun pada asalnya mas kahwin tersebut boleh tidak dinyatakan nilainya dan/atau ditangguhkan penyerahannya ketika akad nikah. Allah berfirman: Tidak ada kewajiban membayar (mas kahwin) atas kamu, jika kamu menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu bercampur dengan mereka dan sebelum kamu menentukan (nilai) mas kahwinnya. [al-Baqarah 2:236] 
 
Mas kahwin menjadi hak isteri 100% setelah berlakunya persetubuhan di antara suami dan isteri. Allah berfirman: Bagaimana kamu akan mengambilnya kembali (mas kahwin), padahal sebagian kamu telah bergaul (bersetubuh) dengan yang lain sebagai suami-isteri. Dan mereka (isterimu) telah mengambil daripada kamu perjanjian yang kuat. [al-Nisa’ 4:21] Mas kahwin juga menjadi hak isteri 100% jika suami meninggal dunia sebelum dia sempat bersetubuh dengan isterinya. Ini berdasarkan kesepakatan para sahabat dan ulama’.
 
Mas kahwin menjadi hak isteri 50% jika suami menceraikan isterinya sebelum berlaku persetubuhan di antara mereka berdua. Firman Allah: Jika kamu menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu bercampur dengan mereka, padahal sesungguhnya kamu sudah menentukan maharnya, maka bayarlah seperdua dari mahar yang telah kamu tentukan itu, kecuali jika isteri-isterimu itu memaafkan atau dimaafkan oleh orang yang memegang ikatan nikah, dan pemaafan kamu itu lebih dekat kepada takwa. Dan janganlah kamu melupakan keutamaan di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat segala apa yang kamu kerjakan. [al-Baqarah 2:237]
 
Jika tidak ada nilai mas kahwin yang ditentukan sebelum akad nikah, lalu suami menceraikan isterinya selepas akad nikah dan sebelum persetubuhan, maka hendaklah suami memberikan hadiah kepada isterinya itu. Hadiah ini disebut sebagai mut’ah dan ia diberi mengikut kesanggupan suami:
 
Tidak ada kewajiban membayar (mas kahwin) atas kamu, jika kamu menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu bersetubuh dengan mereka dan sebelum kamu menentukan mas kahwinnya. Dan hendaklah kamu berikan suatu mut'ah (pemberian) kepada mereka. Orang yang mampu menurut kemampuannya dan orang yang miskin menurut kemampuannya (pula), yaitu pemberian menurut yang patut. Yang demikian itu merupakan ketentuan bagi orang-orang yang berbuat kebajikan. [al-Baqarah 2:236]
 
Mas kahwin dikembalikan sepenuhnya kepada suami (isteri mendapat 0%) jika berlaku penceraian disebabkan oleh isteri sementara persetubuhan belum berlaku. Misalnya, suami menceraikan isteri kerana terdapat aib besar pada isteri yang disembunyikan daripada pengetahuan suami sebelum pernikahan.
 
Mas kahwin juga dikembalikan sepenuhnya kepada suami dalam kes khulu’, iaitu penceraian yang terjadi di antara suami-isteri dengan kerelaan mereka, dengan isteri menyerahkan kembali mas kahwinnya sebagai satu bentuk tebusan. Firman Allah: Jika kamu khawatir bahwa keduanya (suami-isteri) tidak dapat menjalankan hukum-hukum Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. [al-Baqarah 2:229]
  
Demikianlah secara ringkas hukum-hakam berkenaan mas kahwin di dalam Islam.







 

PELIHARA AURATMU WAHAI WANITA !

Pernahkah kita terfikir, mengapa Islam mensyariatkan wanita menutup dan menjaga aurat mereka? Betapa Islam hadir untuk memartabatkan kaum wanita, tetapi wanita sendiri tidak menyedari hakikat itu.
Jika dibandingkan wanita Islam dengan bukan Islam, wanita Islam begitu bertuah kerana telah disyariatkan untuk menutup aurat. Cuba lihat wanita barat yang meluncur di atas ais dengan hanya memakai bikini atau mungkin tanpa berpakaian.

Merekalah yang sebenarnya telah didiskriminasikan. Menjadi tatapan setiap manusia yang memandang tanpa sekelumit pun perasaan malu. Maruah yang perlu dijaga dipertontonkan sewenang-wenangnya tanpa timbul perasaan bersalah. Seolah-olah tidak bernilainya mereka di mata masyarakat.

Sedarkah anda wahai wanita bahawa Islam telah menerangkan dengan jelas kepada kita, siapakah yang selayaknya melihat aurat kita di dalam al-Quran.


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." 
[Surah an-Nur: 31]


Konklusinya dengan lebih mudah, mahram seorang wanita, yang boleh melihat auratnya ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan. Ia merangkumi;

  1. Bapa kandung
  2. Bapa mertua
  3. Bapa susuan
  4. Anak kandung
  5. Anak tiri (yakni anak suami)
  6. Anak susuan
  7. Saudara lelaki kandung
  8. Saudara lelaki susuan
  9. Anak saudara lelaki
  10. Bapa saudara




Namun wanita kini, mereka sendiri dengan sesuka hati mendedahkan aurat  dan mahkota mereka tanpa rasa berdosa kepada yang bukan mahram. Malah lebih parah lagi, lelaki yang seharusnya menjadi pelindung dan pembimbing kepada kaum wanita membiarkan sahaja isteri, anak, adik, sahabat dan saudara mereka mendedahkan aurat.

Tidakkah kaum lelaki ini merasa tercabar dan cemburu melihat wanita yang di bawah tanggungjawab mereka yang sepatutnya hanya mereka melihat aurat mereka tetapi, sebaliknya lelaki lain juga mendapat HAK yang sama?

Di mana istimewanya lelaki yang bergelar suami berbanding dengan lelaki lain di luar sana yang mendapat HAK yang sama dengannya? Apakah mereka merasa biasa dengan situasi itu? Sungguh rugi dan dayuslah mereka.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah al-Ahzab:59]


Dan tahukah anda lelaki, bahawa ada empat golongan lelaki yang akan ditarik wanita ke Neraka kelak andai mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka..

01.Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke Neraka oleh anaknya.

02.Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalnya solat tidak lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.

03.Abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan sang adiknya di Akhirat nanti.

04.Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, membuka aurat, dan lain sebagainya maka anak lelaki itu akan ikut ditanya serta diminta pertangungjawabannya di Akhirat kelak.

Jadi bersediakah anda kaum lelaki untuk ditarik ke Neraka oleh anak, isteri, adik dan ibu anda? Oleh itu, laksanakanlah tanggungjawab anda bagi memastikan wanita-wanita ini tidak menarik anda ke Neraka tetapi memimpin anda ke Jannah.

Kita pula sebagai kaum wanita seharusnya menjaga martabat kita selaku wanita yang mana sudah jelas Islam memandang tinggi martabat wanita. Nah, apalagi yang kita mahu, Syurga terbentang sedia, masih Neraka yang didamba? Sungguh rugi dan celakalah jika demikian rupa.

Wallahu'alam.



- Artikel iluvislam.com

SALAM LEBARAN


salam lebaran kepada semua rakan blog =)
maaf zahir batin ye...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...