Julai 29, 2011

ORANG DUNGU MENJADI PEMIMPIN (TANDA KIAMAT)

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "
Apabila engkau melihat orang yang tidak berterompah, tidak berpakaian (orang yang miskin), yang tuli,bisu dan buta menjadi penguasa dibumi, maka itulah tanda-tanda kiamat." (Hadis Riwayat Muslim)
 
Imam Nawawi yang mentafsirkan Hadis ini meyatakan bahawa yang dimaksukan dengan orang yang tidak berterompah, tidak berpakaian (orang miskin) dijadikan pemimpin itu ialah orang yang miskin ilmunya dan miskin akhlaknya.

Miskin didalam hadis ini bukanlah bermaksud miskin dari segi wang ringgit dan harta tetapi miskin disini lebih bersifat tersirat yakni bermaksud miskin jiwa.

Bisu, tuli dan buta didalam hadis ini pula sama maksudnya dengan Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah ayat ke 18 iaitu : Bisu, tuli dan buta. Maka mereka itu tidak akan kembali lagi ke jalan kebenaran ( sesat).

Maka yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis ini adalah manusia yang sesat itu dijadikan pemimpin (antara tanda kiamat). Mereka tidak menggunakan panca indera mereka untuk menilai dan menerima kebenaran seolah-olah pancaindera yang dikurniakan kepada mereka tersebut telah hilang dan tidak ada gunanya lagi. ( Juz 1, bab Asyratuss'ah Shahih Muslim Syarh An-Nawawi)


Musibah kehadiran pemimpin-pemimpin daripada golongan yang dungu ini akan semakin bermaharajalela pada masa-masa terakhir usia dunia ini dan akan dihilangkanlah oleh mereka ini amanah (amanah rakyat) kerana pekerjaan atau tugas-tugas kepimpinan tersebut telah diserahkan kepada orang yang tidak layak untuk memimpin manusia (rakyat jelata).

Sedangkan syarat-syarat untuk menjadi seorang pemimpin didalam Islam adalah seseorang tersebut perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan berkemampuan dalam bidang Ilmu Syariah yang akan dapat menjadikan pemimpin tersebut berijtihad dan menggunakan kebijaksanaan fiqh dalam pentadbiran.
Selain itu seorang pemimpin juga disyaratkan untuk bersifat adil bukan bersifat fasik. Adil yang dimaksudkan disini bermaksud adil dalam semua aspek pemerintahan, tidak berdusta dan tidak memakan harta yang bukan merupakan haknya, tidak melakukan penyelewengan wang kerajaan dan tidak mengamalkan gaya hidup rasuah serta banyak lagi.


Seorang lelaki Arab awam telah bertanya pada Rasulullah S.A.W, " Ya Rasulullah, bilakah kiamat itu akan terjadi?"                  
Baginda S.A.W menjawab , "Apabila amanah telah disia-siakan maka nantikanlah kemunculan kiamat"                                       
Lelaki itu bertanya lagi, "Bagaimana yang dikatakan amanah yang disia-siakan?                                                                            
Baginda S.A.W menjawab, "Apabila sesuatu urusan yang penting diserahkan kepada yang tidak layak untuk memangkunya, maka nantikanlah kemunculan kiamat" (Hadis Riwayat Al-Bukhari)


Renung-renungkanlah sabda-sabda Nabi Muhammad S.A.W dan Firman Allah S.W.T .. sudahkah musibah seperti ini terjadi?



Sumber Rujukan: Buku berjudul 3 tokoh bakal menakluk dunia ditulis oleh Ustaz Jaafar Bin Salleh terbitan Pustaka Azhar
Artikel iluvislam.com



kasutkaripap: butalah mereka yang tidak menyedari bahawa musibah ini sedang berlaku !

CUAI

buka pintu...
jari tersepit....
habis merah kat kuku...

keluar dari bilik...
terlanggar pintu pula...
tepat-tepat kena kat jari kelingking kaki...

lalu tepi kerusi...
tersepak kerusi pula...

cuai.cuai.cuai.cuai.

HARAPAN RAMADHAN


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah

Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan

Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja

Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...

Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua






HOROSKOP --> JANGAN MAIN-MAIN !


SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad. Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya. Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12. Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.

Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah. Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.

"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.



Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit. Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.







"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. .



sumber: http://dearzarith97.blogspot.com/2010/04/horoskop-walaupun-suka-suka-maka.html

NAZAR TIDAK DAPAT MENGUBAH TAKDIR


Dari Abu Hurairah katanya, nabi s.a.w bersabda: 
"Sesungguhnya nazar itu tidak dapat mendekatkan seseorang kepada sesuatu yang ditakdirkan Allah belum akan menjadi miliknya. Tetapi nazar itu sesuai dengan qadar. Dengan nazar dapat dipungut pembayaran dari orang-orang bakhil yang sebelumnya tidak bersedia membayarnya."


Setiap pergerakan, langkah dan perjalanan kita di muka bumi ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T iaitu qada' dan qadar-Nya. 

Maka tidaklah menjadi suatu yang menghairankan jika sesuatu yang tidak disangka-sangka tiba-tiba berlaku ke atas diri kita sama ada yang baik atau sebaliknya. 

Namun begitu kita sebagai hamba-NYA mempunyai hak untuk berusaha agar dijauhkan daripada sesuatu yang buruk atau meminta diberikan sesuatu yang dihajatkan. 

Dalam hal ini ada orang yang suka menazarkan sesuatu sekiranya hajatnya terlaksana atau terlepas daripada sesuatu yang tidak diingininya dan ini dilakukan dengan menggantung sepenuh harapan kepada belas ihsan dan kasih sayang Allah S.W.T. 

Namun begitu nazar bukanlah suatu gantian yang semestinya diperolehi atau dipenuhi seperti yang diminta bahkan ia hanya sekadar suatu bentuk didikan jiwa agar seseorang itu sentiasa mengingati kekuasaan Allah dan mensyukuri nikmat-Nya.

Wallahualam.




BALASAN DI DALAM NERAKA


Rasulullah s.a.w bersabda:
"Akan keluar satu batang leher dari Neraka pada hari kiamat, dengan dua mata yang melihat, dan dua telinga yang mendengar, serta lidah yang bercakap, lalu berkata: "Aku diberi kuasa menyiksa tiap-tiap seorang dari tiga jenis manusia: Tiap-tiap orang yang kejam dan keras hati, lagi degil tidak menerima kebenaran yang diketahuinya; tiap-tiap orang yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah, dan orang-orang yang membuat gambar". 
(Riwayat Abu Hurairah ra.) 


gambar sekadar hiasan




Julai 28, 2011

NYANYIAN SUKMA

Di dasar relung jiwaku
Bergema nyanyian tanpa kata; sebuah lagu
yang bernafas di dalam benih hatiku,
Yang tiada dicairkan oleh tinta di atas lembar kulit ; ia meneguk rasa kasihku
dalam jubah yg nipis kainnya, dan mengalirkan sayang,
Namun bukan menyentuh bibirku.


Betapa dapat aku mendesahkannya?
Aku bimbang dia mungkin berbaur dengan kerajaan fana
Kepada siapa aku akan menyanyikannya?


Dia tersimpan dalam relung sukmaku
Kerna aku risau, dia akan terhempas
Di telinga pendengaran yang keras.


Pabila kutatap penglihatan batinku
Nampak di dalamnya bayangan dari bayangannya,
Dan pabila kusentuh hujung jemariku
Terasa getaran kehadirannya.


Perilaku tanganku saksi bisu kehadirannya,
Bagai danau tenang yang memantulkan cahaya
bintang-bintang bergemerlapan.
Air mataku menandai sendu
Bagai titik-titik embun syahdu
Yang membongkarkan rahsia mawar layu.




Lagu itu digubah oleh renungan,
Dan dikumandangkan oleh kesunyian,
Dan disingkiri oleh kebisingan,
Dan dilipat oleh kebenaran,
Dan diulang-ulang oleh mimpi dan bayangan,
Dan difahami oleh cinta,
Dan disembunyikan oleh kesedaran siang
Dan dinyanyikan oleh sukma malam.


Lagu itu lagu kasih-sayang,
Gerangan ‘Cain’ atau ‘Esau’ manakah
Yang mampu membawakannya berkumandang?


Nyanyian itu lebih semerbak wangi daripada melati:
Suara manakah yang dapat menangkapnya?
Kidung itu tersembunyi bagai rahsia perawan suci,
Getar nada mana yang mampu menggoyahnya?
Siapa berani menyatukan debur ombak samudra
dengan kicau bening burung malam?
Siapa yang berani membandingkan deru alam,
Dengan desah bayi yang nyenyak di buaian?
Siapa berani memecah sunyi
Dan lantang menuturkan bisikan sanubari
Yang hanya terungkap oleh hati?
Insan mana yang berani
melagukan kidung suci Tuhan?

~Khalil Gibran

BAGI SAHABATKU YANG TERTINDAS

gambar sekadar hiasan
Wahai engkau yang dilahirkan di atas ranjang kesengsaraan, diberi makan pada dada penurunan nilai, yang bermain sebagai seorang anak di rumah tirani, engkau yang memakan roti basimu dengan keluhan dan meminum air keruhmu bercampur dengan airmata yang getir.


Wahai askar yang diperintah oleh hukum yang tidak adil oleh lelaki yang meninggalkan isterinya, anak-anaknya yang masih kecil, sahabat-sahabatnya, dan memasuki gelanggang kematian demi kepentingan cita-cita, yang mereka sebut ‘keperluan’.


Wahai penyair yang hidup sebagai orang asing di kampung halamannya, tak dikenali di antara mereka yang mengenalinya, yang hanya berhasrat untuk hidup di atas sampah masyarakat dan dari tinggalan atas permintaan dunia yang hanya tinta dan kertas.

gambar sekadar hiasan

Wahai tawanan yang dilemparkan ke dalam kegelapan kerana kejahatan kecil yang dibuat seumpama kejahatan besar oleh mereka yang membalas kejahatan dengan kejahatan, dibuang dengan kebijaksanaan yang ingin mempertahankan hak melalui cara-cara yang keliru.



Dan engkau, Wahai wanita yang malang, yang kepadanya Tuhan menganugerahkan kecantikan. Masa muda yang tidak setia memandangnya dan mengekorimu, memperdayakan engkau, menanggung kemiskinanmu dengan emas. Ketika kau menyerah padanya, dia meninggalkanmu. Kau serupa mangsa yang gementar dalam cakar-cakar penurunan nilai dan keadaan yang menyedihkan.


Dan kalian, teman-temanku yang rendah hati, para martir bagi hukum buatan manusia. Kau bersedih, dan kesedihanmu adalah akibat dari kebiadaban yang hebat, dari ketidakadilan sang hakim, dari licik si kaya, dan dari keegoisan hamba demi hawa nafsunya


Jangan putus asa, kerana di sebalik ketidakadilan dunia ini, di balik persoalan, di balik awan gemawan, di balik bumi, di balik semua hal ada suatu kekuatan yang tak lain adalah seluruh kadilan, segenap kelembutan, semua kesopanan, segenap cinta kasih.


Engkau laksana bunga yang tumbuh dalam bayangan. Segera angin yang lembut akan bertiup dan membawa bijianmu memasuki cahaya matahari tempat mereka yang akan menjalani suatu kehidupan indah.


Engkau laksana pepohonan telanjang yang rendah kerana berat dan bersama salju musim dingin. Lalu musim bunga akan tiba menyelimutimu dengan dedaunan hijau dan berair banyak.
Kebenaran akan mengoyak tabir airmata yang menyembunyikan senyumanmu. Saudaraku, kuucapkan selamat datang padamu dan kuanggap hina para penindasmu.


~ Khalil Gibran
 
 
 
 

SETITIS AIRMATA DAN SEULAS SENYUMAN

Takkan kutukar dukacita hatiku demi kebahagiaan khalayak. Dan, takkan kutumpahkan air mata kesedihan yang mengalir dari tiap bahagian diriku berubah menjadi gelak tawa. Kuingin diriku tetaplah setitis air mata dan seulas senyuman.

Setitis airmata yang menyucikan hatiku dan memberiku pemahaman rahsia kehidupan dan hal ehwal yang tersembunyi. Seulas senyuman menarikku dekat kepada putera kesayanganku dan menjelma sebuah lambang pemujaan kepada tuhan.

Setitis airmata meyatukanku dengan mereka yang patah hati; Seulas senyum menjadi sebuah tanda kebahagiaanku dalam kewujudan.

Aku merasa lebih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan berbanding jika aku hidup menjemukan dan putus asa.

Aku bersedia kelaparan demi cinta dan keindahan yang ada di dasar jiwaku setelah kusaksikan mereka yang dimanjakan amat menyusahkan orang. Telah kudengar keluhan mereka dalam hasrat kerinduan dan itu lebih manis daripada melodi yang termanis.

Ketika malam tiba bunga menguncupkan kelopak dan tidur, memeluk kerinduannya. tatkala pagi menghampiri, ia membuka bibirnya demi menyambut ciuman matahari.
Kehidupan sekuntum bunga sama dengan kerinduan dan pengabulan. Setitis airmata dan seulas senyuman.

Air laut menjadi wap dan naik menjelma menjadi segumpal mega. Awan terapung di atas pergunungan dan lembah ngarai hingga berjumpa angin sepoi bahasa, jatuh bercucuran ke padang-padang lalu bergabung bersama aliran sungai dan kembali ke laut, rumahnya.

Kehidupan awan-gemawan itu adalah sesuatu perpisahan dan pertemuan. Bagai setitis airmata seulas senyuman. Dan, kemudian jiwa jadi terpisahkan dari jiwa yang lebih besar, bergerak di dunia zat melintas bagai  segumpal mega diatas pergunungan dukacita dan dataran kebahagiaan.

Menuju samudera cinta dan keindahan – kepada Tuhan.


~Khalil Gibran



Julai 27, 2011

WORDLESS WEDNESDAY 5:: BFF

-kasut juga mampu menceritakan 1001 cerita-

WORDLESS WEDNESDAY 4 :: LOLZZ


-jumpa dalam gallery my phone! artis K-POP mana pula nie ??????-

WORDLESS WEDNESDAY 3 :: DUET

-mikrofon dn mereka ibarat irama dan lagu..tidak dapat dipisahkan-




WORDLESS WEDNESDAY 2 :: MESYUARAT PINTU


-mereka berdiskusi-


WORDLESS WEDNESDAY 1:: SELAGI ADA RINDU


-selagi ada rindu..selagi ada waktu..pasti akan bertemu-

IBU MEMAKAI SUSUK

"Salam. Saya memerlukan pendapat mamafarhah untuk menyelesaikan masalah saya ini.. 10 tahun dahulu, ibu bapa saya mengalami masalah rumahtangga disebabkan oleh kehadiran perempuan lain.

Atas nasihat kawan, ibu saya memakai susuk untuk memikat suami yang didapati daripada seorang bomoh yang kononnya sebagai penyelesaian masalah tersebut tanpa pengetahuan ayah saya. Ibu saya jenis yang tidak terdedah dengan dunia luar dan kurang pengetahuan agamanya, maka dia tidak mengetahui memakai susuk salah dari segi Islam. 


Saya tidak mampu untuk menasihati ibu memandangkan pada waktu itu saya masih bersekolah rendah. Menurut bomoh itu susuk tersebut boleh hilang kuasanya  apabila umur mencapai 40 ke 50 lebih.



Apakah hukumnya dalam kes ini dan apa komen mamafarhah? Bolehkah susuk akan hilang sendiri tanpa dibuang? Saya mohon pendapat mamafarhah memandangkan keadaan ibu saya yang tidak pernah bersolat walaupun usianya telah mencapai 40 tahun lebih. Saya bimbang andai susuk tersebut menjadi penyebab utama sebagai penghalang ibu untuk beribadat."

(~Insan mengharap)




Ulasan Ustaz Fathi Yusuf & Ustazah Ros Izanuri

1. Terlebih dahulu kami mengucapkan tahniah dan syabas atas sifat prihatin saudari yang ingin melihat ibu dan ahli keluarga berada pada jalan Allah S.W.T. Moga Allah memberikan kekuatan dan istiqamah kepada saudari.

2. Pemakaian susuk adalah dilarang oleh Allah kerana ia merupakan satu amalan sihir iaitu meminta bantuan jin untuk mendapat sesuatu. Sihir ini boleh memesongkan aqidah dan boleh membawa kepada keluarnya agama jika pergantungan kepada makhluk jin itu mengatasi pergantungan kepada Allah.

3. Orang yang mengamalkan susuk akan mendapat keseronokan kecil yang sementara, tetapi akan mengalami penderitaan yang panjang dalam hidup di dunia, dan penyeksaan yang dahsyat di Akhirat nanti, jika dia tidak segera bertaubat dan meninggalkan amalan itu.

4. Sifat jin kafir (Syaitan) amat suka jika dapat menumpang pada jasad manusia. Sekali dia diberi ruang, dia tidak akan mudah keluar atau pergi begitu sahaja. Maka pada umumnya susuk itu tidak akan hilang sendiri, bahkan perlu dihilangkan melalui perubatan Islam. (Atau sekurang-kurangnya perlu disahkan bahawa ia telah hilang melalui rawatan perubatan Islam).

5. Berasaskan maklumat saudari, ibu saudari tidak pernah bersolat, maka perkara utama yang perlu dilakukan ialah untuk menimbulkan kesedaran beragama bagi mengukuhkan aqidahnya kepada Allah dan keyakinan kepada balasan Allah melalui Syurga dan Neraka selepas kematiannya.

6. Kemudian, perlu dibimbing agar dia mengamalkan rukun Islam yang asasi seperti solat, puasa dan lain-lain di samping mendekatkan dirinya dengan al-Quran.

7. Selepas itu, dedahkanlah kepadanya dengan ilmu-ilmu Islam termasuk dalam soal amalan sihir dan perubatan Islam. Ajaklah dirinya supaya kembali ke jalan Allah.

8. Usahakan agar dia dibawa menjalani rawatan perubatan Islam (seperti Darussyifa di bawah pimpinan Dr. Harun Din atau Darussalam di bawah pimpinan Ust Ismail Kamus) bagi membuang susuk yang ada pada dirinya.

9. Dorongkan diri ibu agar istiqamah pada jalan Allah.

10. Selain itu kami cadangkan juga agar saudari menggunakan pendekatan yang hikmah agar usaha ini dapat mencapai sasaran yang terbaik.
Moga Allah merahmati usaha saudari itu.


Sumber: artikel iluvislam.com

KENAPA PILIH MENGELUH DARIPADA BERSYUKUR ?


Keluhan....
Manusia mudah sangat mengeluh...
perkara yang sekecil-kecilnya pun manusia akan mengeluh...
perkara remeh temeh juga manusia mengeluh...
dan sedarkah kita, setiap keluhan kita kadang-kadang adalah pada perkara yang tidak berfaedah...

kita mengeluh panas...sedangkan angin tersedia...
kita mengeluh lapar, makanan tak sedap, sedangkan perut semakin memboyot....
lihat, kita mengeluh pada perkara yang sangat-sangat remeh...

kita banyak mengeluh pada sekecil-kecil kekurangan, sedangkan kita memiliki selaut kelebihan yang tidak kita sedari...
setiap saat keluhan sentiasa keluar dari bibir kita...MasyaAllah...hinggakan jika ditukar dengan wang ringgit, kita sudah mampu memiliki berjuta-juta wang....

---------------------------------------------------------------------------------------

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: “Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit” Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika beliau (Umar) sedang melakukan tawaf di Kaabah. 

Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: “Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?” 

Pemuda berkenaan menjawab: “Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A’raaf ayat 10 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur” Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah” jelas pemuda berkenaan. 

Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: “Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu”

 --------------------------------------------------------------------------------------
Ketika kita asyik mengeluh, semua anggota badan kita tidak akan berfungsi dengan betul..
Pancaindera kita tidak dapat mendengar, merasai, melihat setiap nikmat yang Allah telah berikan kepada kita..
Lantaran, kita begitu sukar untuk mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur dengan apa yang ada..
Kita hamba-Nya, dan kita wajib untuk mengucapkan syukur kepada Khaliqnya..
Namun, begitulah manusia..sering leka..lupa..dan lalai...
Manusia tidak akan puas dengan apa yang dimiliki.....Kecuali manusia-manusia yang bersyukur...








kasutkaripap: kadang-kadang leka juga..namun, penting untuk sentiasa muhasabah diri...penat mendengar keluhan yang bukan-bukan.....



Julai 26, 2011

BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU


mari-mari join!!!!!!
Jom! nak join juga? klik gambar Uncle Ben kat atas ya..
Selamat menjoinkan diri =)

WATIMANG LANDAK

Watimang watimang landak
watimang watimang landak
landak sesama landak
turun ke pantailah dek nandung
membeli beras
kalau hendak sesama hendak

Watimang watimang landak
gajah berantailah dek nandung
berantai dek nandung
lagikan terlepas

Nyiur manis pelepah lembut
watimang watimang landak
habis dimakanlah dek nandung
habislah dek nandung
si gajah gila

Mulut manis hatipun lembut
watimang watimang landak
bagaimanalah dek nandung
manalah dek nandung
hatilah dok gila

Engkau sigadis ayu
siang malam mengganggu
dalam jaga mimpiku
otak ku dah celaru
mana hendak ku lari
hatiku dah dikunci
oo oo oo oo oo oo oo
no no no no no no no
way way way way way way

Tuan dok belas melihat saya
watimang watimang landak
siang malamlah dek nandung
sunyilah dek nandong
menanggung rindu

Kau cantik laksana dewi
berkilau macam puteri
sudah lama ku cari
apa saja nak jadi
aku tidak peduli
la la la la la la la la la
hey hey hey hey hey hey
ho ho ho ho ho ho ho
bila hati asyik terkenang-kenang
resah sepanjang malam
itu namanya mabuk kepayang
aduh aduh duh aduh
duhai pujaan hati
harap dikau mengerti
siksa rindu yang ku tanggung ini

Rimbun selasih
melata tepi tangga
andai akhirnya masih
tidak dapat bersama
sunyilah semuanya dunia jiwa





kasutkaripap: watimang landak ni maksudnya apa??? anyone???

BERNAZAR DENGAN MAKSIAT


Dari Imran bin Hushain r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:
Tidak boleh melaksanakan nazar yang berupa maksiat dan tidak boleh orang melaksanakannya.
(Riwayat Al-Bukhari)

  1. Nazar disyariatkan oleh Islam dan diharuskan untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT.
  2. Perkara yang dinazar hendaklah merupakan perkara yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT di mana Islam tidak membenarkan umatnya bernazar dengan perkara yang telah diharuskan oleh syarak kerana perkara itu tidak membawa kepada pahala atau dosa bagi sesiapa yang melakukannya. Contohnya seseorang itu bernazar untuk makan, minum, tidur dan sebagainya.
  3. Perkara yang dinazarkan juga janganlah terdiri daripada kewajipan yang memang telah diwajibkan seperti bernazar untuk mengerjakan puasa di bulan Ramadhan dan sebagainya.
  4. Islam juga melarang kita bernazar dalam perkara yang makruh atau diharamkan seperti membunuh, berzina dan sebagainya. Ini adalah kerana bernazar untuk melakukan perkara makruh dan haram bukan lagi termasuk dalam perkara yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah malah perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah.
  5. Selain itu adalah tidak sah hukumnya orang yang bernazar secara dipaksa.


Julai 25, 2011

REZEKI


pagi tadi.....
dapat nasi pulut rendang ayam...waaaa....

tengah hari pula....
dapat makan durian !!!!

petang pula...
dapat 2 bijik donut Big Apple...

rezeki....rezeki...
Alhamdulillah...
Seminggu lagi Ramadhan tiba...

SELAMAT BERPUASA SEMUA !!!!!!


FITNAH CARA MODEN


"Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita." (Shahih, HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW juga pernah bersabda,
"Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau, dan sesungguhnya Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya, lalu Dia akan melihat bagaimana kalian berbuat. Maka berhati-hatilah kalian terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, karena awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya." (Shahih, HR. Muslim)


Sebagai contoh untuk memperlihatkan mudahnya fitnah tersebar di Facebook:


A: "Eh kau sedar tak? Mr X tu selalu je 'like' status Miss Y,"
 
B: "A'aa! Aku pun prasan gak, kat 'news feed' hari tu aku terbaca Mr X 'comment' kat 'profile picture' Miss Y, siap dengan ketawa mesra-mesra lagi, jangan-jangan mereka 'couple' kot?"
 
C: "Eh korang ni, tak baik tau cakap benda-benda macam ni. Mereka kawan je kot. kan Miss Y tu adik kawan baik Mr X, lagi pun mereka kan ahli persatuan pelajar islam kat kolej kita tak mungkin mereka 'couple', kan 'couple' itu haram,"
 
A: "Eh tak kan cuma kawan? Aku tengok hari tu 'wall page' si Miss Y penuh dengan 'comment' dan 'like' dari Mr X. Yelah, aku tengah 'curious' sangat hari tu jadi aku cek lah 'wall page' mereka berdua,"
 
C: "Tapi mereka kan cakap tentang benda-benda biasa je dan bergurau tu kan biasa antara kawan, aku yakin mereka takkan terjebak dengan gejala 'couple' ni, jangan asyik berburuk sangka dengan orang,"
 
 B: "Tapi kau tak tau kan kalau-kalau dorang  bertukar 'inbox' antara satu sama lain?"
 
C: "..."




Contoh di atas mungkin kedengaran seperti mustahil kepada sesetengah orang tetapi perlu kita ingat fitnah itu datang dalam banyak bentuk sama ada jelas atau tidak dan kita sedari atau tidak kita sedari.  Jadi apa salahnya kita mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghindari diri dari di 'gossip' hingga menjadi fitnah. Walaupun niat kita baik namun jika di lihat oleh mata luar mungkin ia akan menjadi fitnah jadi berhati-hatilah dalam mengunakan laman web sosial seperti Facebook ini.

Nasihat untuk semua jangan terlalu asyik bersosial dan jangan terpedaya dengan helah internet. Jangan lupa walaupun kita berada di alam maya dan  bukan berinteraksi dengan nyata. Walaupun kita bukan berinteraksi dengan nyata, kita tetap wajib menjaga tatasusila yang berlandaskan agama islam yang melarang pergaulan tanpa sebab dan batas antara dua jantina. Sentiasalah beringat dan berwaspadalah akan fitnah yang mungkin timbul ketika kita asyik mengunakan kemudahan internet.


Tundukanlah pandangan mu di alam nyata dan alam maya.




Firman Allah dalam Surat An-Nuur: 30-31 yang ertinya:
 "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya..."



Artikel: iluvislam.com


kasut&karipap: niat kita mungkin baik...tapi orang lain akan beranggapan sebaliknya...begitulah manusia..buat apa sekalipun, buat baik apalagi buat perkara yang buruk, pasti akan dikata juga...jadi...seeloknya, kita elakkan...ingatan untuk diri saya dan sahabat semua. Wallahualam.

SAUNA PERCUMA

Hari Ahad adalah hari semua orang keluar berjalan-jalan...
yang ada CRV akan keluar menyusuri jalan raya ke destinasi pilihan...
sama ada bersama keluarga atau berseorangan...
bagi yang tiada pacuan empat roda, pacuan beroda-roda yang bergerabak adalah pilihan mereka...
naik...turun..dan sampai.........

pacuan bergerabak?
boleh la...anggap sahaja ia pacuan bergerabak dan beroda-roda...
pada gerabak tengah biasanya akan menjadi kekeliruan pada manusia2 dua jantina...
yang rasa berjantina betul akan memilih gerabak tengah...
tapi yang jantina sebaliknya mengambil jalan 'buat bodoh' masuk juga ke gerabak tengah...

walau bersesak-sesak, namun nampaknya sifat malu jantina yang tidak sepatutnya berada di gerabak tengah tidak ada..
diri membayangkan, jika dalam kesesakan gerabak itu,
jantina yang lemah lembut ini membelasah jantina lain dalam gerabak itu sepanjang perjalanan...
apa agaknya tindakan beliau selepas itu ??

Ahad itu...
gerabak tengah menyediakan perkhidmatan tambahan...
sauna percuma...
kaki yang baru sahaja mehu melangkah masuk ke gerabak tengah, sudah dapat merasa bahangnya...
dalam hati berkata...'sudah lewat, terpaksa mengambil perkhidmatan percuma itu'...

Oh...rupanya bukan saya seorang sahaja...
gerabak sauna itu penuh! semuanya seronok berhimpit sambil menikmati sauna...
semuanya tidak mahu mengalah...
gerabak berhenti di stesen berikutnya...
orang ramai yang menunggu tetap mahu memaksa diri masuk ke dalam gerabak sauna..

lalu, keluarlah beberapa perkataan yang tidak sepatutnya daripada mulut si jantina yang terkenal dengan sifat kelembutan...
di dalam hati, memang terasa panas sauna...
tetapi..lagi banyak pengeluaran karbon dioksida dari mereka yang memaki hamun, lagi bertambah panas lah gerabak sauna itu!

Bukannya tidak dapat menunggu gerabak yang seterusnya...
diri mula diragut kekesalan kerana rakus juga masuk ke dalam gerabak sauna tadi...
dan yang paling menyakitkan hati bukan kerana panasnya gerabak itu...........
tetapi 'panas' dengan perangai-perangai penumpang gerabak tengah yang diluar penuh dengan kelembutan...
tapi dalam gerabak itu........................................bermacam perangai buruk keluar..dari perkataan hinggalah perbuatan..

SIFAT PENTINGKAN DIRI SENDIRI sangat ketara.....
KESABARAN sangat teruji....
itulah kisah gerabak yang menyediakan sauna percuma ahad lalu....................sekian....

CINTA SANG NABI


Ketika cinta memanggilmu, ikutlah dengannya
Meskipun jalan yang harus kautempuh keras dan terjal
Ketika sayap-sayapnya merengkuhmu, serahkan dirimu padanya
Meskipun pedang-pedang yang ada di balik sayap-sayap itu mungkin akan melukaimu
Dan jika ia berbicara padamu, percayalah
Meskipun suaranya akan membuyarkan mimpi-mimpimu bagaikan angin utara yang memporakporandakan petamanan.



Cinta akan memahkotai dan menyalibmu
Menumbuhkan dan memangkasmu
Mengangkatmu naik, membela ujung-ujung rantingmu yang gemulai dan membawanya ke matahari



Tapi cinta juga akan mencengkeram, menggoyang akar-akarmu hingga tercerabut dari bumi
Bagai seikat gandum ia satukan dirimu dengan dirinya
Menebahmu hingga telanjang
Menggerusmu agar kau terbebas dari kulit luarmu
Menggilasmu untuk memutihkan
Melumatmu hingga kau menjadi liat
Kemudian ia membawamu ke dalam api sucinya, hingga engkau menjadi roti suci perjamuan kudus bagi Tuhan.
Semuanya dilakukan cinta untukmu hingga kau mengetahui rahasia hatimu sendiri, dan dalam pengetahuan itu kau akan menjadi bagian hati kehidupan.



Jangan biarkan rasa takut bersarang, agar kau tak hanya menjadikan cinta tempat mencari senang.
Karena akan lebih baik bagimu untuk segera menutupi ketelanjangan dan berlalu dari lantai penebahan cinta,
Menuju dunia tanpa musim dimana engkau akan puas tertawa, gelak yang bukan tawamu, dan engkau akan menangis, air mata yang bukan tangismu.



Cinta tidak memberi apapun kecuali dirinya sendiri dan tidak meminta apapun selain cinta itu sendiri,
Ia tidak memiliki dan tidak dimiliki
Karena cinta hanya untuk cinta



Ketika engkau mencinta jangan katakan, “Tuhan ada dalam hatiku”; tapi katakan, “Aku ada di hati Tuhan”
Dan jangan berpikir engkau dapat memilih jalan sendiri karena cintalah, jika ia berkenan, yang akan mengarahkan jalanmu.



Cinta tidak pernah berhasrat selain pemenuhan dirinya
Namun jika engkau mencinta dan harus memiliki hasrat, biarlah ini yang menjadi hasratmu :
Melebur diri dan menjadi anak sungai yang mengalir melantunkan nyanyian ke peraduan malam
Mengetahui sakitnya rasa kelembutan
Terluka oleh pemahamanmu sendiri tentang cinta;
Berdarah dengan ikhlas penuh suka cita
Terbangun di saat fajar dengan hati bersayap dan menghaturkan puji syukur untuk hari-hari yang penuh cinta;
Beristirahat di terik siang dan merenungkan puncak-puncak cinta
Pulang di petang hari dengan syukur sepenuh hati

(Khalil Gibran)


Sumber : percikrenik

POKOK



Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh


Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok



Julai 22, 2011

ADAB BUANG AIR


Dari Salman RA katanya dia ditanya oleh seseorang:"Bukankah Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada kamu segala-galanya hingga masalah buang air juga?" Jawabnya: Benar! Beliau melarang kita mengadap kiblat ketika buang air besar atau kecil. Beliau juga melarang beristinjak dengan tangan kanan, beristinjak kurang dari tiga biji batu dan istinjak dengan kotoran ternak yang telah keras atau dengan tulang. (Hadis Riwayat Muslim)




1. Buang air adalah suatu kebiasaan yang diselalu dilakukan setiap hari. Disebabkan oleh kebiasaan itulah seringkali kita kurang memperhatikan adab-adab dalam melakukannya. 

2. Dalam Islam terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan: 
  • Tidak membawa barang yang tertulis nama Allah, kitab al-Qur'an atau sebahagian dari ayat-ayatnya.. 
  • Membaca doa sewaktu hendak memasuki tandas dan apabila keluar dari tandas. 
  • Mendahulukan kaki kiri ketika masuk dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar. 
  • Tidak mengadap ke arah kiblat atau membelakanginya sebagai menghormati Kaabah.. 
  • Mengelak membuang air di dalam lubang yang terdapat haiwan di dalamnya. 
  • Mengelak dari tempat orang berteduh/bernaung, di jalanan atau tempat laluan manusia. 
  • Tidak buang air kecil atau besar di dalam air yang tergenang atau air mengalir yang biasa digunakan manusia untuk bersuci. 
  • Tidak mencuci kotoran dengan tangan kanan yang menyentuh kotoran untuk menjaga kebersihan.
  • Dilarang bercakap ketika qada' hajat, tidak boleh memberi salam, menjawab salam dan berzikir secara lisan. 
3. Istinjak bermaksud bersuci sesudah buang air besar mahupun air kecil iaitu membersihkan air kecil mahupun besar dari badan dengan air dan jika tidak ada air bolehlah beristinjak  dengan batu atau benda-benda lain yang meresap.  




BOLEH BUNUH BINATANG INI

Dari Aisyah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya: 
Terdapat lima jenis binatang merbahaya yang boleh dibunuh di luar tanah haram ataupun di dalam tanah haram iaitu ular, gagak, tikus, anjing gila dan helang.
 (Hadis Riwayat Muslim)




Pada hakikatnya Islam mengajar umatnya untuk menyayangi binatang bagi kelangsungan hidupnya sekalipun kita diberikan kuasa untuk menguasai mereka (membunuh mereka dengan tujuan yang baik). 
Islam juga melarang kita bertindak menyalahgunakan kuasa dengan menganiayai binatang dan memperlakukan mereka sesuka hati. Seharusnya selaku orang-orang yang beriman kita hendaklah memanfaatkan segala sesuatu menurut cara yang dibenarkan oleh agama kerana segala yang tinggal di muka bumi ini diciptakan untuk kemudahan kita dan menjadi kewajiban kita untuk menjaga segala sesuatu itu daripada kerosakan, memanfaatkannya dengan tetap menjaga martabatnya sebagai makhluk Tuhan, melindunginya agar tidak pupus yang dengan demikian barulah menandakan bahawa kita mensyukuri nikmat Allah dalam bentuk perbuatan yang nyata. 







MAKANAN SYAITAN

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan katanya: 
Sesungguhnya syaitan itu membisikkan kepada kawan-kawan mereka supaya membantah kamu. 


Sabda Nabi SAW : 
Mereka berkata: Binatang yang disebutkan nama Allah, janganlah kamu memakannya dan binatang yang tidak disebutkan nama Allah, maka hendaklah kamu memakannya. 


Maka Allah berfirman : 
Maka janganlah kamu makan binatang yang tidak disebutkan nama Allah.


Menyembelih binatang bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dengan niat kerana Allah (disebutkan nama Allah). Hukum sembelihan adalah wajib dengan tujuan dimakan dagingnya. Perkara berhubung halal dan haram makanan ini telah dijelaskan dengan begitu nyata di dalam al-Quran. Daging yang halal adalah sesuatu yang suci dan baik dan tidak menimbulkan rasa was-was atau keraguan mengenai status halalnya. Ini adalah kerana setiap sumber yang haram akan menjadi darah daging dan akan menjejaskan amalan, doa dan personaliti dalaman dan luaran seseorang.



JAGALAH RAHSIA RUMAHTANGGA

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 
"Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang melepaskan hajatnya kepada isterinya dan isterinya melepaskan hajat padanya kemudian ia menceritakan rahsia itu. (Hadis Riwayat Ahmad)"



Setiap yang bergelar isteri atau suami pasti mempunyai kehidupan peribadi yang dikongsi dengan pasangan masing-masing. Sebahagiannya merupakan rahsia rumah tangga yang harus dijaga dengan waspada.


Jika rahsia tersebut disebarkan sudah tentu salah seorang akan terdedah kepada aib, pandangan serong, kata nista, umpatan, gangguan dan sebagainya. 

Dengan kata lain, rahsia rumah tangga ialah sesuatu yang hanya boleh dikongsi bersama antara suami isteri atau dengan anak-anak, kerana ia melibatkan soal maruah, nasib masa depan dan keselamatan keluarga. 

Ini dibayangkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda yang bermaksud: 

"Tiadalah yang lebih memberi manfaat kepada seseorang yang beriman selepas ia bertaqwa kepada Allah, yang lebih baik daripada memiliki seorang isteri yang solehah. Jika disuruh nescaya ditaatinya dan apabila dipandang menyukakan hati dan jika ia tiada bersama ia akan memelihara nama baiknya sama ada pada dirinya atau harta suaminya." (An-Nasa'i, Ahmad & Abu Daud)



kasut&karipap: berusahalah menjaga aib rumahtangga..walau sekecil manapun, walau kita tertekan dan kononnya bercerita dengan rakan baik, sebaik-baiknya cuba elakkan...Wallahualam.



TEKA TEKI IMAM AL-GHAZALI


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?"
Murid 1 : ” Orang tua “
Murid 2 : ” Guru “
Murid 3 : ” Teman “
Murid 4 : ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali : ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"
Iman Ghazali : ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.


Iman Ghazali : "Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 : ” Gunung “
Murid 2 : ” Matahari “
Murid 3 : ” Bumi “
Imam Ghazali  : "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU 
(Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”



IMAM GHAZALI : "Apa yang paling berat didunia?"
Murid 1 : ” Baja “
Murid 2 : ” Besi “
Murid 3 : ” Gajah “
Imam Ghazali  : "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH 
(Surah Al-Azab : 72 ), Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”



Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 : ” Kapas”
Murid 2 : ” Angin “
Murid 3 : ” Debu “
Murid 4 : ” Daun-daun”
Imam Ghazali : "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat"


Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid- Murid dengan serentak menjawab : "Pedang"
Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"




sumber: permatakata.wordpress


 

Julai 21, 2011

SURAT UNTUK KEKASIH


Untukmu yang selalu Kucintai,
Saat kau bangun di pagi hari, Aku memandangmu dan
berharap engkau akan berbicara kepadaKu., bercerita,
meminta pendapatKu, mengucapkan sesuatu untukKu
walaupun hanya sepatah kata.

Atau berterima kasih kepadaKu atas sesuatu hal yang
indah yang terjadi dalam hidupmu pada tadi malam, kemarin, atau waktu yang lalu….
 
 Tetapi Aku melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja…
Tak sedikitpun kau menyedari Aku di dekat mu.
Aku kembali menanti saat engkau sedang bersiap,
Aku tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKu, tetapi engkau terlalu sibuk…


Di satu tempat, engkau duduk tanpa melakukan apapun.
Kemudian Aku melihat engkau menggerakkan kakimu.
Aku berfikir engkau akan datang kepadaKu, tetapi engkau
berlari ke telefon dan menelefon seorang teman untuk sekadar berbual-bual.

Aku melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan Aku
menanti dengan sabar sepanjang hari. 
Namun dengan
semua kegiatanmu Aku berfikir engkau terlalu sibuk
untuk mengucapkan sesuatu kepadaKu.

Sebelum makan siang Aku melihatmu memandang ke
sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara
kepadaKu, itulah sebabnya mengapa engkau tidak
sedikitpun menyapaKu.

Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan
melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKu
dengan lembut sebelum menjamah makanan yang kuberikan,
tetapi engkau tidak melakukannya…..

Ya, tidak mengapa, masih ada waktu yang tersisa dan
Aku masih berharap engkau akan datang kepadaKu,
meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatannya
seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.
Setelah tugasmu selesai, engkau menghidupkan TV, Aku
tidak tahu apakah kau suka menonton TV atau tidak,
hanya engkau selalu ke sana dan menghabiskan banyak
waktu setiap hari di depannya, tanpa memikirkan apapun
dan hanya menikmati siaran yang ditampilkan, hingga waktu-
waktu untukKu dilupakan.

Kembali Aku menanti dengan sabar saat engkau menikmati
makananmu tetapi kembali engkau lupa menyebut namaKu
dan berterima kasih atas makanan yang telah Kuberikan.
Saat tidur Kufikir kau merasa terlalu lelah.

Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu,
kau melompat ke tempat tidurmu dan tertidur tanpa
sepatahpun namaKu kau sebut. 
Tidak mengapa kerana mungkin
engkau masih belum menyedari bahawa Aku selalu hadir untukmu.

Aku telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari.
Aku bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. 
Aku sangat menyayangimu, setiap hari Aku menantikan sepatah kata darimu, ungkapan isi hatimu, namun tak kunjung tiba.

Baiklah….. engkau bangun kembali dan kembali Aku
menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan
memberiKu sedikit waktu untuk menyapaKu…
Tapi yang Kutunggu … ah tak juga kau menyapaKu.
Subuh, Zuhur, Asar, Magrib, Isya dan Subuh lagi
kau masih tidak mempedulikan Aku.

Tak ada sepatah kata, tak ada seucap doa, tak ada
pula harapan dan keinginan untuk sujud kepadaKU….
Apakah salahKu padamu …? Rezeki yang Kulimpahkan,
kesihatan yang Kuberikan, Harta yang Kurelakan, makanan
yang Kuhidangkan , Keselamatan yang Kukurniakan,
kebahagiaan yang Kuanugerahkan, apakah hal itu tidak
membuatmu ingat kepadaKu ???

Percayalah, Aku selalu mengasihimu, dan Aku tetap
berharap suatu saat engkau akan menyapaKu, memohon
perlindunganKu, bersujud menghadapKu … Kembali kepadaKu.
Yang selalu bersamamu setiap saat,
Tuhanmu….


(Khalil Gibran)






kasut&karipap: Ingatlah pada Si DIA yang sentiasa bersama kita.

RAMADHAN SUDAH TIBA


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah 2 :183)


Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"




يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa
( Surah Al-An'am 2 : Ayat 183)




kasut&karipap: semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya..dan kebaikan yang kita lakukan berterusan ke bulan seterusnya. InsyaAllah. Selamat berpuasa semua =)


Julai 20, 2011

Biasan Pelangi 7 "Mentari nan SeNjA"


Along: Usianya 13 tahun, bertubuh x kurus x gemuk, berkulit hitam manis.
Angah: Usianya 8 tahun, bertubuh kurus, berkulit kuning langsat, sekarang dah gelap.
=============================================
Suatu ketika, along boleh dikatakan nakal, tapi baik budi pekertinya… tiap kali ada pergaduhan dia menjadi leader pukul memukul…. tak nafikan, sifat keberaniannya mula terserlah setelah selesai menonton cite hang jebat lakonan Noordin Ahmad.

Menjadi rutin, di sebelah petang dan malam, pergi belajar Quran dengan mak sdaranya. Tiap kali praktis Quran depan mak sdara, pasti kena maki, kena marah,… Angah tergelakkan Along yang kena marah… sampai giliran angah dimaki, along pula gelakkan adiknya… begitulah kami….

Suatu petang…. Habis belajar baca Al-Quran, Along sibuk mengintai seorang wanita yang diminatinya… lantas dipanjat pokok ceri untuk mengintai wanita idamannya dengan lebih jelas tanpa ada suatu pun halangan.

“along…..along…… suzila dah nak kuar pintu……!!! Pegila jumpa dia”, jelas Angah selaku repoter pada abangnya. “Ooooohh, dah kuar… yes…yes…”, jelas kegembiraan along menyelubungi taman hatinya.

Kelihatan wanita idamannya berjalan menghampirinya, tiba-tiba……… “Seluar along koyak kat belakang!!!!!!”, laung Angah yang semestinya tidak pandai menjaga aib abangnya. “Hah!! Ye ke…. Aduh….. Teruk…”, jawapan along disertai wajahnya yang hitam pada asalnya, kini menjadi pucat membiru.

Along berlari……. Lantas masuk dalam longkang menyembunyikan diri.. Akibat terasa malu dengan wanita idamannya…. Namun, wanita itu tersenyum, dan memberitahu angah “Kirim salam kat along ya… bagitau dia, belajar Quran rajin2.. nanti kena marah lagi kat mak sdara”…. “Baik akak!!!”, jelas angah selaku reporter.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...