Januari 28, 2011

TERINGIN

ada satu benda....
lama dah simpan...
dah tak tahan dah nie...
nak bagitau juga...
dah teringin sngt2...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..

.
.
.
.
..


teringin lah nak pakai jubah pegi keje...ada ofis sndiri...ada meja sndiri....ada pc sendiri..dan mug milo sendiri...huhuhu~






p/s: hari2 impikan benda ni =p


ADA DAN TIADA

dulu...masa belajar...
jeles tgk kawan2 yang pakai kereta..motor..pegi kelas..
kite naik bas je...
dah bayar yuran ngn yuran bas sekali..rugi pula klu tak guna perkhidmatan bas..
dan sbb nak jimat tak mau menyusahkan mak bapak..tak yah lah berangan pakai kereta/motor masa blajar..
bg pelajar yg mampu..diorg tak kesah la...
akhirnya hanya dgn bas...student2 yg tak pnh ada kenderaan even beskal skali pon leh juga grad...
sbb..yg perlu utk grad adalah pointer..bukannya bgimana kita dtg kuliah (naik keta/bas/beskal/motor/jalan kaki)..

masa kerja pula...
masuk kerja jer mesti lah kita berangan nk beli kereta...
betul tak? tak keta pon motor la..
bagi memudahkan kita ulang alik ke tempat kerja dan dating (sampingan)...
tiap kali jalan kaki/naik bas ke tempat kerja...jeles tgk org naik keta g keje...
tapi...bila kita jalan kaki dan tgk jalan raya betapa sesaknya dgn kereta yg berpusu-pusu g kerja..
rasa bersyukur pula sbb tak pki keta dan tak yah tensen/lambat dtg keje disebabkn kesesakan lalu lintas...
syukur la kerana jalan kaki saja..
lagi pula..tiap bulan tak payah fikir kne byr ansuran keta..happy je..

tapi....inilah manusia...
pasti ada keinginan..dan kadangkala kita rasa bersyukur pula bila benda2 yg kita nak tu tak menyusahkan kita.
pendek kata...apa yg kita rasa menyenangkan kita kdg2 akan menyusahkan kita..
lebih baik ada atau lebih baik takde???

hahaha..merepek ape ni...
tapi...kesimpulannya itu lah manusia..
kita jarang puas dgn apa yg kita ada...
kita nak tapi kdg2 bila kita fikir balik kita tak nak atau kata lain "nanti dulu"..
hehe..ape2 pun..apa yg kita ada sekarang adalah REZEKI dari ALLAH SWT..
dan kita sbg manusia..kena lah bersabar... ye dok ? =)





p/s: kasut karipap nak beli keta mini cooper 8 bijik ! =)

Januari 26, 2011

PERSONALITI ANDA BAGAIMANA ??



ini ada beberapa soalan utk mengetahui rahsia personaliti anda..
jawab soalan2 ini dengan spontan dan baca tafsiran setiap jawapan anda dia akhir ujian ini..
jgn tengok tafsiran jawapan dulu..
selesaikan ujian ini dulu ya...

UJIAN PERSONALITI

Situasi:
Anda berada di dalam hutan
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu
(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.

pada fikiran anda..

(5) adakah rumah itu berpagar?

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]


Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

(16)
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>



Berikut adalah tafsiran:
(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumah
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded

(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah

tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi

(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.




so...sudah mencuba ?? benarkah itu personaliti anda ?? Kasut Karipap pun dah cuba..dan....hampir semuanya adalah personaliti kasut karipap..hehehe...selamat mencuba korg =)



source: http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2009/11/ujian-personaliti-diri-anda.html



Januari 24, 2011

SERAM DARI SEBERANG !!



lagi cerita seram yang telah menyerang seluruh pawagam di negara kita !!
kali ini adalah sebuah filem seram "horor" dari negara jiran..
POCONG JUMAT KLIWON

ceritanya berkisarkan tentang 
sekumpulan pelajar yang sedang 'shooting' filem pendek seram di dalam hutan.
pada awalnya, shooting berjalan dengan lancar. Tiba2 muncul pelbagai perkara pelik.
Linda iaitu salah seorang pelakon yg memegang watak roh yang tidak tenteram nyaris2 mencekik dan membunuh Arumi, pemegang watak utama. Moniq (pengarah filem pendek tu) dan ahli2 krew beliau cepat2 bertindak dan menghalang Linda dari terus mencekik Arumi. Rupa2nya Linda telah dirasuk oleh 'sesuatu' dan terus lari dari lokasi penggambaran.
Linda kemudiannya ditemui dalam keadaan pengsan oleh krew2 tersebut. Yang peliknya, Linda terus jatuh pengsan satelah rambut palsu yang dipakainya di cabut oleh Dana. Zaki menyangka bahawa rambut palsu itu lah puncanya. Namun, Moniq tidak mempercayai perkara itu kerana menurutnya itu semua tahyul.

shooting filem itu diberhentikan seketika dan rambut palsu itu pun dibuang.
pada keesokkan harinya, mereka mendapat gangguan2 aneh dan menyeramkan. mereka sering ternampak pocong dan akhirnya mereka meninggalkan lokasi shooting filem mereka pada malam itu juga.

setibanya di rumah masing2, mereka masih dihantui oleh pocong berkenaan. hidup mereka tidak aman kerana sering mendapat gangguan dari pocong tersebut.Akhirnya, mereka sepakat untuk mendapatkan bantuan dari datuk Zaki, seorang paranormal a.k.a dukun! Menurut dukun tersebut, arwah (pocong) yang menggangu mereka itu adalah arwah Titin. Titin adalah seorang wanita yang telah dibunuh dengan kejam oleh suaminya pada malam jumaat keliwon. Suami Titin telah memotong rambutnya sehingga habis botak mayat tersebut. 

Rambut palsu yg dipakai oleh Linda semasa shooting tempoh hari adalah berasal daripada rambut milik Titin.
Dukun tersebut menyarankan Zaki dan rakan2 nya mencari mayat Titin. Lalu bermula la pencarian mereka...
dan........akhirnya.........

sila pegi tengok sendiri untuk mengetahui apa yg berlaku seterusnya...
hahahahahaha...
tapi standard la cite2 gini..
penghabisannya mestila jumpe mayat tu...
kekekekeke...

FYI....the best dialog yang kasut karipap tak leh lupa adalah...

"zaki : kayaknya gw kenal niih..sorry ya congg, gw kebelakangan dulu.."







p/s: kasut karipap cakap awal2 ye...walaupun cite ni kategori 18PL..tapi toksah caye la!!! kasut karipap jamin....duk dlm pawagam dan tgk cite ni tak kan tutup mata punye lah! sbb ianya sangat LAWAK !!! hahahahahhaha.....siap leh pegi carik lagi congg itu..kui3...sila lah pegi tgk !!



DARI SESUMPAH KE LEMBU TOMPOK


haha...
hari ni asek tukar2 template blog je keje nye...
kasut karipap mengaku bahawa beliau mmng tak reti make over blog..
jadik..ape2 yg menyedapkan mata kasut karipap memandang..
itu lah yg telah berlaku pada penampilan blog ini..
biar la syok sendiri..
yang penting happieee...
dan adalah medium utk melepaskan perasaan...
kui3....



p/s: ikut suka kasut karipap la nak merepek ape!

Januari 21, 2011

SAYA NAK KAWEN..TAPI.............



 mesti ramai pemuda pemudi di luar sana yg sedang bercintun atau mahu berkahwin
atau tak jmpe2 lagi yg berkenan...
tapi mcm2 masalah yg kuar dr mulut msing2...
tapi dlm hati nak kawen..haha
so..baca lah entri ni smpi habis dan jadikan sebagai peringatan utk pembaca2 sekalian...huhu...

 

1. Saya da jatuh hati kat die la… camne lak ni?

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32 

"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas 

“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.
Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar


2. Tapi saya x cukup duit laaaa nak kawin….  Huhu

“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.
 Surah An-Nur : 33

Rasulullah S.A.W bersabda :
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.



3. Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin, tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn org lain.…

Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa." 
Surah Al-A’raf : 128

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
Surah Al-Hajj : 40

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
Surah Alam Nasyrah : 5-6

Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.

Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..



4. Tapi saya da syok kat dia.. I can’t live without him/her.. 

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
 Surah An-Nur : 30

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”. 
Surah Al-Jatsiyah : 18

 “Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
Riwayat Bukhari



5. Ala.. saya bercinta bukan slalu pon dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. ktorang xpenah pon berdua-duaan…

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.
Surah Al-Isra : 32

“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.                  
Musnad Ahmad

“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.
Riwayat Bukhari Muslim



6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia seorang je yang boleh terima saya..

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
Surah Yasin : 36

“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.
Surah Az-Zukhruf : 12

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.
Surah Ar-Rum : 21



7.  Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up lah saya camni!

Abdullah Ibnu MAs’ud pernah berkata :
“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t.  (mati) dalam keadaan aku bujang”.

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :
“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.
Riwayat Ibnu Majah.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.
Riwayat Abu Mansur Al-Dailami


 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Kesimpulan :
Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alasan untuk kita bercinta tanpa batasan.  Kalau mampu, segera lah berkahwin. Kalau x mampu? Tahanlah nafsu!

Memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang betaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!

Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI & PASTI Allah  jadikan dunia tunduk pada kita.. Salafusoleh telah pun berjaya, KENAPA KITA PULA TIDAK BOLEH BERJAYA SPT MEREKA?





p/s: huhu..kasut karipap pon terase ati juga taww...taww..hehehe..ape2 pon mari kita tepuk dada sendiri dan tanya IMAN ! jgn tanya Aiman..sbb Aiman Tak Kesah..hehe




Januari 17, 2011

SCREMING LIKE CRAZY !

okeh!
cite khurafat berjaya di tonton dgn puas hatinya semalam (ahad)..
leh dapat kutipan kotak pejabat kot cite ni..hahaha..
tapi series....
kasut karipap meletakan cite ini ranking kedua dlm list ranking peribadi kasut karipap!
no.1 dlm rekod peribadi kasut karipap utk filem genre seram dan memberi pengetahuan pasal mistik2 ni adalah
cerita MANTRA ! huhu...
penyampaian cerita, penyusunan babak2 yg memberi kesan sangat mantap!
ilmu di sebalik cerita khurafat dan mantra ini sampai ke penonton dgn baik sekali!
ianya tepat dan tidak di tokok tambah..
tiada hantu2 bodoh dan tiada unsur2 yg memesongkan lagi akidah masyarakat..
apa yg disampaikan melalui filem ini sangat jelas dan pengajaran pun ada!
jadi...filem seperti ini bukan la satu filem seram yg mahu menakutkn atau menghantui penonton semata-mata..
tetapi yg paling penting adalah mesej nya!!





p/s : pas ni nak tgk cite hikayat merong mahawangsa pula...hehehehe (gelak ala hantu wayang)

Januari 13, 2011

DENGAN ILMU APA SAJA BOLEH !

kadang2 org yg banyak cakap juga boleh jadi kurang cakap..
bila mood bercakap takde dan terpaksa bercakap rahang akan jadi sakit..
huh! itu lah yg terjadi pada hari ini..
dah rasa cam keje bhgian khidmat pelanggan dah..
jawab soalan itu ini...

tapi...

hari ini atau sepanjang minggu ini...
kasut karipap dapat menyaksikan 
golongan2 manusia yg gigih dalam mencari ilmu..

situasi yg sangat berbeza daripada apa yg kasut karipap pernah lalui dulu..
golongan2 yg menjadikan ilmu sebagai perkara yg sangat penting..
walau duit sekalipun tidak menjadi masalah bila jadikan ilmu sbg perkara terpenting..
mereka ini lah yg sanggup lakukan apa saja utk mengenggam segulung ijazah walaupun result spm, stpm, diploma dan sbginya tidak begitu memberangsangkan..

Apa yg penting bg golongan2 ini ialah teruskan pengajian ke aras yg lebih tinggi utk majukan diri..
bukannya mengalah begitu saja dan terus kawen..
ya..tidak semuanya berfikiran seperti golongan ini..
namun timbul sedikit kagum dgn golongan2 ini..
mereka bukanlah semuanya kaya/berduit bnyk..
kbnyakknya tidak...tapi..
ibu bapa mereka mempunyai wang simpanan utk ank mereka melanjutkn pengajian.

biar susah pun keluarga mereka utk makan, pakai..
namun wang persekolahan anak mereka adalah yg utama..
perkara ini lah yg membuatkn kasut karipap menjadi kagum...

seorang ayah kpd student yg berbual dgn kasut karipap berkata 'dia mahu pastikn anak dia mempunyai pendidikan tinggi, kerana itu lah yg akan mengubah nasib mereka sekeluarga'...

     
gambar sekadar hiasan




p/s : tidak seperti sesetengah golongan yg mementingkan kesempurnaan hidup tanpa menitik beratkan ilmu..

Januari 12, 2011

KEPALA PUSING


emmm....
tengah berfikir....
betul ker cerita pasal Budak Kebaya (klik) tu ?
wartawan mana?
takde pun nama wartawan...
dari tv mana ?
sape bos wartawan tu ?
ada saksi ker ?
tapi.......
ape pun....

COMEL GILERRR BUDAK KEBAYA TU !!!!!!!!

wakakakakakakkaka.....


Januari 05, 2011

PUTUS WAYAR


seni memotong wayar adalah sesuatu benda yg slalunya jarang di jadikan hobi
terutamanya di era globalisasi kini
chewah..ayat cam karangan pmr lak!
wakaka...
okeh..sambung2...namun, ia nya bukan satu benda pelik pun jika dijadikan hobi
jadi...kepada sesiapa yg berminat utk menjadikan seni memotong wayar ini sbg hobi di masa lapang
boleh lah mengambil tips2 ini..
selamat mencuba ya!
hahaha...


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN ialah :


wire striper



wayar yg kalerful



so..bila dua benda ni dah ada..boleh la mula menyeterip wayar dgn penuh gembira!
ia mungkin lbh seronok jka dilakukan sambil mendengar lagu2 kegemaran..
hahaha..

antara hasil2 yg kita perolehi dr hobi ini adalah seperti gambar2 di bawah ni ::






.................alamak...............
gambar2 tu sume dah ilang!..
lain kali la ye kasut karipap tunjuk hasil seni dr menyeterip wayar ni..
hohoho..........
jadi...
selamat mencuba!!!! haha..





p/s : betul2 putus wayar kasut karipap ni..tak penah lg org buat hobi benda ni..cuma kasut karipap sorg je! ahaks~


Januari 04, 2011

DISKRIMINASI



kaum hawa sering di diskriminasi sejak akhir2 ini..
apa tidak nya..
asal motor show je letak wanita kt tepi2 kereta sebagai daya penarik kepada pengunjung..
adakah kerana kereta mahal seperti kereta import hanya sesuai utk makwe hot saje?
dan mengapa show kereta tempatan tidak letak model wanita berbaju kebangsaan?
kenapa bukan model lelaki berbadan six packs yg di letak kat tepi2 keta mahal tu???
lagi satu...
buat promosi anti-virus pc pun akan letak makwe2 cun dan seksa utk jadi promoter..
apa kena mengena makwe cun seksi itu dgn anti-virus? 
takat promote anti-virus tak perlu kot makwe2 cun dan bermini skirt...
tapi..kalau motor show yg mmng dah sinonim dgn makwe2 cun di tepi2 kereta di gantikn dgn pakwe2 
ber'six' packs or hanya dgn 1 or 2 pieces je...mau nye pengunjung yg dtg muntah! hahhhahaha...





sekadar gambar hiasan 





p/s: antara gambar hiasan tu agak2 sape leh jadik model ferari ganti makwe cun? hahahahha....

Januari 01, 2011

LIFE

i start my new year with joy and laughing with my fren..
it was last nite...
today.....
it seems like the same old day last year..
to believe and make someone believe you..
and still......
i failed!

thats what i call LIFE....maybe...




p/s: pandai juga kasut karipap merepek dalam bahasa ingelish..and chating di  fesbuk hanyalah dgn mereka yg tersenarai dlm carta 'genk'..*i'm not chatting with those people i hate!*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...