Ogos 13, 2010

MENGAPA ?

Mengapa aku sering gagal dalam bercinta? Setiap kali solat aku pasti akan berdoa memohon kepada-Nya untuk pertemukan aku dengan jodohku.
Bukan tidak pernah aku bercinta sebelum ini..pernah..
Namun aku telah dikhianati oleh sahabat baik ku sendiri..
Sahabatku telah menggoda teman lelaki ku sehingga mereka telah terlanjur.

Selepas itu, aku semakin sukar mempercayai cinta..
Setahun selepas aku mendapat Ijazah, aku bekerja sementara sebagai seorang pemandu pelancong..
Tipu kalau aku katakan..tiada seorang lelaki pun yg cuba mendekati ku...

Tapi..setiap lelaki yang mendekatiku sering cuba memegang tangan, bahu aku sesuka hati..
Bukannya aku berpakaian seksi seperti wanita lain yang terdedah sana sini. Aku hanya berseluar jean longgar dan tshirt longgar berlengan panjang..
Bagai tiada adab dan memperlakukan aku seperti seorang wanita murahan yang mereka boleh peluk di khalayak ramai sesuka hati..
Aku sering menepis dan perkara ini lah yang membuatkan aku tidak senang dengan setiap lelaki yang aku jumpa dan cuba mendekatiku..

Suatu hari, aku ber'chatting' dengan abang kandung ku..

Aku : Abang, kenapa semua lelaki sama? Maksud ucu mengapa lelaki begitu jahat sanggup meluka kan hati wanita?

Abang : Kenapa ucu ckp mcm nie? Abang tak sama dengan lelaki2 itu.. Ucu sendiri tau kan..Abang begitu setia dengan kak long kamu. InsyaAllah abg akan bertunang dengannya tidak lama lagi.

Aku : Ucu tak cakap abg seperti lelaki2 yg ucu pernah jumpa sebelum nie. Tapi, kenapa ucu belum jumpa lelaki yang baik untuk ucu..?

Abang : Setiap yang terjadi pasti ada sebabnya..ada sebabnya mengapa Allah swt belum tunjukkan siapa jodoh ucu.. Pasti ada...kerana Allah swt tidak akan hadirkan suatu perkara itu tanpa sebab musababnya..

Adik : Ucu faham..

Abang : Bagus la kalau ucu faham.. Ucu, ada sesuatu yang abang ingin katakan..

Adik : Apa dia abg?

Abang : Pakai lah tudung ucu..tak elok kita mendedahkan aurat.. Jika kita berpakaian menutup aurat seperti yang dituntut oleh agama, pasti orang lain akan menghormati kita. Zuriat ucu juga pasti baik dan pasti Allah swt akan pertemukan ucu dengan seorang lelaki yang baik..Ubah lah diri ucu demi kebaikan ucu dan berniat kerana Allah swt. Pasti Allah swt akan memberikan sesuatu pada kita..InsyaAllah ucu..

Aku : ......(senyap)

Aku terpempan di hadapan komputer riba ku.. Tiba-tiba air mata aku menitis..
Betul apa yang abang kata. kekurangannya pada aku..
Aku menunaikan semua tanggungjawabku kepada-Nya tetapi tidak pernah terfikir untuk bertudung..
Aku merasakan aku sudah cukup baik..tapi tanpa aku sedari masih ada kekurangan..

Aku beristighfar..berulang-ulang kali sambil air mata terus jatuh menitis ke bumi..
Aku berazam menjadikan diri lebih baik dan mengejar cinta Ilahi kerana cintaNya itu lebih hakiki..
aku sabar menanti jodoh yang telah ditentukan oleh Allah swt kepadaku.. Tidak putus2 aku berdoa.

4 Tahun Kemudian.....

Aku selamat diijab kabulkan dengannya..
Aku kini bergelar seorang isteri..
Air mata ku sekali lagi jatuh menitis ke bumi..tidak putus2 bersyukur kerana Allah swt telah mempertemukan aku dengan suamiku yang telah banyak mengajar erti sebuah kehidupan.
Alhamdulillah =)



"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)" (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)


p/s : Kasut karipap berharap cerita ini menjadi panduan kepada diri sendiri dan wanita2 diluar sana..renung2kan lah diri kita..kalau fikir nape x jumpe2 lagi jodoh kite..cuba tgk dri sendiri dlu..ape yg kite x cukup ag..tak semestinya jodoh saje..bende2 lain pon same cnthnye : rezeki...muhasabah diri...jom kite berubah ke arah kebaikan~ dan sempena bulan Ramadhan ini, moh kite servis iman masing2 =)

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...